Takut Dimarahi Guru, Pemain Bola Termuda Barcelona Lamine Yamal Bawa Kerja Sekolah Ke Jerman
Maliah Surip
14/06/2024 15:55 MYT
14/06/2024 15:55 MYT
Lamine Yamal mungkin memegang banyak rekod peribadi terhadap kerjaya yang sedang dijalaninya iaitu pemain bola sepak.
Yamal yang baru berusia 16 tahun merupakan pemain bola sepak termuda dalam sejarah bermain untuk kelab Barcelona.
Malah remaja yang masih memakai pendakap gigi ini juga merupakan pemain termuda dalam pasukan negara, Sepanyol selain mencetak sejarah sebagai penjaring gol termuda dalam La Liga, Copa del Rey dan Spanish Super Cup.
Dan sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab, dia membawa kerja sekolah untuk disiapkan supaya tidak dimarahi guru dalam perlawanan termasuk di perlawanan terkini di Jerman.
“Saya bawa kerja sekolah sewaktu ikut bermain dengan pasukan (bola) kerana masih seorang pelajar.
“Saya mengikuti pelajaran secara atas talian dan setakat ini saya melakukannya dengan baik.
“Saya harap cikgu tidak marah dan cari saya,” katanya sewaktu temubual bersama media Sepanyol, AS, seperti dilaporkan Nytimes.com.
Sementara itu, Yamal yang memulakan kariernya pada usia 15 tahun akan menjadi pemain paling muda beraksi dalam Euro 2024.
Yamal yang baru berusia 16 tahun merupakan pemain bola sepak termuda dalam sejarah bermain untuk kelab Barcelona.
Malah remaja yang masih memakai pendakap gigi ini juga merupakan pemain termuda dalam pasukan negara, Sepanyol selain mencetak sejarah sebagai penjaring gol termuda dalam La Liga, Copa del Rey dan Spanish Super Cup.
BERITA TRENDING: Terkini: Mungkin Saya Perlu Jadi Sombong Selepas Ini - Faisal Halim
BERITA TRENDING: Muzik Dimatikan, Anang Kena Ejek Satu Stadium Kacau Kemenangan Bersejarah Timnas Indonesia
BERITA TRENDING: Cristiano Ronaldo, 39 Tahun, 14 Kasut Emas!
BERITA TRENDING: “Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Meski Yamal kini menjadi perhatian dan pujaan dunia sebagai pemain bola sepak dengan masa depan cerah, Yamal mengaku dia masih hanya seorang pelajar.Dan sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab, dia membawa kerja sekolah untuk disiapkan supaya tidak dimarahi guru dalam perlawanan termasuk di perlawanan terkini di Jerman.