Berita kehadiran kumpulan K-Pop Seventeen ke Malaysia ternyata membuatkan peminat mereka teruja.

Sehinggakan ada peminat sudah mula sanggup beratur selama dua hari sebelum kaunter tiket dibuka pada Sabtu (esok).

Difahamkan peminat membuat keputusan untuk beratur lebih awal kerana khuatir tiket tersebut habis dijual selain ingin mendapatkan tempat terbaik semasa konsert berlangsung.

Tidak cukup dengan beratur, peminat juga sudah membuat persiapan awal dengan mengambil cuti semata-mata untuk membeli tiket.

Malah ada juga diantara mereka yang membawa ‘sleeping bag’ untuk bermalam di bahagaian luar dan dalam pusat membeli-belah Atria Shopping Gallery sejak semalam.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan di media sosial dengan menggunakan hashtag #ODETOYOUINKL begitu ramai peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk bertemu dengan idola mereka.

Ikon yang dianggotai oleh S.Coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon dan Dino bakal hadir ke negara ini untuk SEVENTEEN WORLD TOUR (ODE TO YOU) KUALA LUMPUR pada 22 Februari 2020 bertempat di Axiata Arena.

Tiket boleh didapati dengan harga:

VIP RM687 (standing & seating), ODE ZONE RM587 (standing), CAT1 RM587, CAT2 RM487 dan CAT3 RM287.

Sumber foto: Twitter