Penyanyi Syada Amzah berkongsi 30 fakta menarik mengenai dirinya dan perkongsian itu mendapat perhatian netizen di laman Instagram.

Antara fakta menarik ialah Syada adalah seorang yang takut pada lipas, tidak pandai berenang, memiliki 14 ekor kucing dan mampu bercakap dalam tiga bahasa.

"Ini 30 fakta tentang diri saya. Tinggi saya 158 cm. Umur saya 18 tambah 20 tolak 10 dan tolak dua tahun. Tarikh ulang tahun saya sama dengan Kai dari kumpulan EXO.

"Saya benci lipas. Saya tidak tahu berenang. Saya memiliki 14 ekor kucing. Saya suka makan pedas. Saya anak bongsu dalam adik-beradik saya. Saya mula menyanyi sejak umur saya empat tahun.

"Nama saya Syada sebab ibu saya ada kawan nama Syuhada tapi panggil Syada. Warna kegemaran saya adalah hijau atau unggu. Saya juga suka cuaca yang sejuk.

"Saya pindah sebanyak empat buah sekolah dan dua universiti sebab pindah rumah. Saya boleh bercakap dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Indonesia dan Inggeris," katanya.

PERNAH JADI KETUA KUMPULAN NASYID

Selain itu, adik kepada penyanyi popular Shila Amzah itu berkata dia juga adalah ketua kumpulan nasyid ketika di sekolah selain pernah menyimpan impian untuk menjadi doktor haiwan dan guru tadika.

"Saya hanya tahu masak makana pedas walaupun tiada bakat memasak. Makanan kegemaran sepanjang masa adalah ayam. Saya suka dark chocolate, lagi dark lagi bagus.

"Saya sudah menggembara ke 10 buah negara. Saya main game mobile legends. Cita-cita nak jadi doktor haiwan (veterinar) dan cikgu tadika tapi tak tercapai.

"Saya takut semua haiwan yang tiada bulu. Saya benci badut. Zaman sekolah dulu saya pernah dapat anugerah juara Soduku tapi sebenarnya masih tak tahu macam mana main.

"Saya boleh tidur seharian. Saya alahan dengan kerang. Waktu sekolah rendah saya penari tradisional. Saya juga ketua kumpulan nasyid. Saya belum kahwin," kongsinya lagi.


BERITA TRENDING: Tiada Isu Dengan Kakak, Syada Amzah Akui Kini Lebih Matang – “Kami Berdua Dah Dewasa”

BERITA TRENDING: “Kita Tak Jual, Tapi Akan Charge Untuk…” - Syada Amzah Ada sebab ‘Hold’ Bagi Kucing Dekat Tuan…