Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Takut Kena Kecam Dengan Netizen…”- Terima Gelaran Datuk, Dira Abu Zahar Anggap Amanah Besar

Syafiqah Jalal
13/11/2020 13:40 MYT
Pelakon Datuk Dira Abu Zahar akhirnya membuka mulut serta berkongsi mengenai gelaran Datuk yang diterimanya dari penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) pada Ahad lalu.

Menerusi satu kemas kini di Instagram miliknya, Dira memuat naik fotonya di majlis penganugerahan itu bersama suami, Syfiq Izdzywan Sidek berserta kapsyen.

Dira berkata beliau bimbang jika gelaran datuk itu menimbulkan rasa kurang senang sehingga menerima kecaman netizen.

“Lama fikir nak up (muat naik foto) ke tak, sebab takut kene kecam dengan netizen.

“Tapi bila fikir balik, kita buat je kerana tu semua gerak dari Allah SWT juga. Hanya mampu ucap terima kasih, syukur,” katanya.

Menurut Dira, beliau menganggap penganugerahan itu sebagai tanggungjawab besar dan amanah yang perlu dipikul.

“Penghargaan ni datang bukan untuk suka-suka. Ia datang bersama dengan tanggungjawab dan amanah. Insya-Allah. Saya buat sehabis sedaya mungkin.

“Saya masih manusia biasa, yang masih ada kurang dan lemahnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dira sempat mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan pihak yang banyak membantu dan menyokongnya.

“Terima kasih suami, mak, anak-anak, adik beradik, dan keluarga serta sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan, dan menyokong dari dekat atau jauh

“Terima kasih juga pada tukang buat baju dan tukang make up kita hari tu.. Semua pun kalut tolong sama-sama nak hiaskan kita sebab kalau ikut hati, baju kurung cotton pun boleh je,” ucapnya.

Sekadar info, Dira merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin.

Dira juga kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan mula aktif dalam politik sejak tahun 2015.


A post shared by Dira Abu Zahar (@diraabuzahar)

#pelakon #Politik #Pelakon #Dira Abu Zahar #Datuk
;