Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Takut? Saya Bersunat Pun Usia 38 Tahun," - Status Adam Corrie Jumpa Doktor Gigi Mencuit Hati

ZULHILMI JALIL 10/01/2020 | 04:27 MYT
Pelakon Adam Corrie menafikan dirinya seorang yang takut untuk berjumpa doktor gigi bagi mendapatkan rawatan.
Kenyataan itu dibuat selepas Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 52, mengadu mengalami sakit gigi dan kemungkinan perlu dicabut.
Perkara itu dikongsikannya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram semalam.
Bagaimanapun, perkongsian status Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 52, itu kemudian mengundang perhatian netizen.
Apa yang mencuit hati, pelakon filem Gangster Celop itu cuba membandingkan kesakitan mencabut gigi dan proses berkhatan yang dilaluinya sebelum ini.
"Saya jumpa doktor gigi dua kali setahun. Kali ini sakit gigi..tak tau lah.. kena cabut ke..macam mana ni.
"Takut? Tak adalah. Saya bersunat pun usia 38 tahun, setahun sebelum saya syahadah," tulisnya di ruangan kapsyen.

Saya jumpa doktor gigi 2 kali setahun Kali ini Sakit gigi.. tak tau la.. kena cabut ke .. cam ne ni . Takut? Tak adalah. Saya bersunat pon usia 38thn. Setahun sebelum saya syahadah. . . #adamcorrie

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Rata-rata terhibur dengan pengakuan 'berani' yang dikeluarkan pelakon filem KL Gangster itu apabila berkongsi hal pengalaman dirinya berkhatan.
"Savage gila kapsyen!
"Sunat berapa kali setahun?
"Sunat sekarang macam mana guna laser atau macam kat kampung. Ada kawan saya Cina nak tahu.
"Saya lagi takut doktor gigi daripada doktor sunat bang. Dulu sunat berani je, Doktor gigi fuh lari dulu," tulis sebahagian netizen.
Bagaimanapun, pada masa sama, ramai juga netizen yang cuba menenangkan dan meyakinkan dirinya untuk tidak perlu takut.
"Jangan takut, tak ada apa-apa kalau mereka bius kamu. Kamu tidak akan merasa sakit sedikit pun.
"Takkan lah Dragon takut cabut gigi!
"Aikk muka ganas Dragon, tak akan cabut gigi pun takut," usik sebahagian netizen.
Adam memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 sebelum berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd. Fuad pada 2008.
Pelakon drama Gerak Khas itu juga kemudian pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor pada 2017.
#pelakon #Pelakon #Adam Corrie
;