"Takut Shooting Ditangguhkan & Tak Nak Susahkan Orang Ramai" - Patah Tulang Jari, Hairul Azreen Tahan Sakit Selama 2 Minggu

Kamaruddin Razal
Mei 1, 2018 07:36 MYT
Pelakon Hairul Azreen mengambil keputusan untuk merahsiakan tentang kesakitan yang dialaminya selama dua minggu kerana enggan menyusahkan pihak produksi.
Patah tulang jari tangan kanannya ketika menjalani penggambaran filem Paskal, Hairul membuka rahsia tersebut menerusi sebuah entri terbaru di laman sosial Instagram miliknya, @hairulazreen.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Hairul segera sembuh.
Filem lakonan Hairul menampilkan perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Selain Hairul, Paskal yang sedang menjalani penggambaran ini turut dibintangi oleh Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Hairul
#pelakon #Hairul Azreen #Pelakon