Penyanyi Hael Husaini memberikan penghormatan terakhir buat mendiang Glenn Fredly yang telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Jakarta Selatan, malam tadi.

Menerusi laman sosial Instagram, Hael berkongsi satu video menyanyikan lagu popular mendiang berjudul Januari untuk tatapan umum.

“Salam takziah buat keluarganya. Penyanyi hebat Glenn Fredly baru sahaja meninggal dunia,” tulis Hael ringkas sebagai kapsyen.

Menerusi video dalam versi hitam putih itu, Hael menyanyikan lagu Januari dengan penuh penghayatan.

Salam takziah buat keluarga nya, our great singer @glennfredly309 just passed away? . . . #GlennFredly #Throwback

A post shared by TERLANJUR CINTA - New Release (@haelhusaini) on

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut turut bersedih dengan pemergian mendiang.

“Hael, awak buat kita menangis,” komen seorang wargamaya.

“Sangat mengejutkan! Salam takziah buat keluarga Glenn,” kata seorang wargamaya.

“Kasihku, sampai di sini kisah kita, jangan tangisi keadaanya. Bukan kerna kita berbeda,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video berdurasi 15 saat itu telah menerima hampir 200,000 tontonan di Instagram.

Mendiang Glenn, 44, meninggalkan isteri, Mutia Ayu dan seorang anak perempuan Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo yang baru berusia dua bulan.