Hiburan

"Talk Less, Laugh More" - Mudah Sahaja Pesanan Neelofa Tetapi Makan Dalam

gempak
Badrul Hashim
28/03/2019
06:06 MYT
Sponsor Banner
"Talk Less, Laugh More" - Mudah Sahaja Pesanan Neelofa Tetapi Makan Dalam
Pengacara, pelakon, usahawan dan model terkenal Neelofa ini sememangnya seorang yang bijak berbicara. Bukanlah seorang yang suka berkongsi hal-hal terlalu peribadi di media sosial, dia punya cara tersendiri untuk menyampaikan mesej tertentu.
Walaupun berhijab, Neelofa ada gaya tersendiri dan sentiasa menjadi pilihan jenama-jenama antarabangsa untuk digayakannya.
Malah, gaya beliau yang mungkin mendahului gaya-gaya sesetengah mereka di Malaysia ini menjadikannya tumpuan 'serangan' segelintir netizen yang tidak faham atau cemburu dengannya.
"Talk less, laugh more" mungkin adalah pesanan terbaik untuk mereka di luar sana yang gemar mengeluarkan kata-kata yang tidak enak dan sepatutnya. Mudah sahaja tapi dalam maksudnya.
Belajar untuk melihat keindahan dan menikmati saat-saat gembira mampu mengubah seseorang yang sering berfikiran negatif dan berpandangan buruk terhadap orang lain.
Tahniah Neelofa, semoga sentiasa menjadi lebih baik dan memberikan inspirasi kepada anak-anak muda supaya bekerja keras, dan berusaha untuk mencapai impian yang dicita-citakan.
Kredit Gambar: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024