Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan Program Felo Sekolah Perkhidmatan Awam Lee Kuan Yew di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Singapura.
“Saya rasa bertenaga dan segar. Saya tidak sabar untuk menjadi ‘change maker’ yang berkesan di Malaysia.
"Terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya!,” tulisnya dalam muat naik di Facebook.
Kata Syed Saddiq, beliau juga sudah menyumbangkan sebulan gajinya sebagai Ahli Parlimen untuk tujuan kebajikan di Muar.
Selain itu, katanya beliau berjaya mengumpul dana sebanyak RM20,000 dengan mengajar kelas ‘Çritical Thingking’ melalui aplikasi Zoom.
“Saya sekarang ingin menyumbang 100 peratus elaun pelajar saya (memandangkan saya mendapat biasiswa sepanjang saya tinggal di Singapura) kepada yang memerlukan di Muar.
"Keseluruhannya (gaji Ahli Parlimen+pengumpulan dana melalui kelas Zoom+elaun pelajar) lebih kurang RM50,000 untuk golongan yang memerlukan di Muar,” tulisnya lagi.
Katanya, beliau mahu yang terbaik untuk kawasannya dan berharap ilmu yang dituntut dapat memperbaiki kemampuannya berkhidmat kepada Muar dan Malaysia.
Pada 8 Mac lalu, Syed Saddiq mengumumkan akan memulangkan kesemua gaji bulan Mac beliau bagi kegunaan di kawasannya selepas membuat keputusan untuk menghabiskan pengajiannya di Singapura selama sebulan.
“Alhamdulillah, saya ke Singapura untuk menghabiskan pengajian saya di NUS dalam Polisi Awam Sekolah Lee Kuan Yew dengan biasiswa penuh.
“Sejak September 2020 saya telah mulakan Kursus Eksekutif dalam Polisi Awam di NUS. Sebelum ini kelas semua dibuat secara atas talian, tetapi kali ini saya perlu masuk kelas secara fizikal di Singapura," kongsinya di Facebook ketika itu.
Awani
Sun Apr 11 2021
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.