Hiburan
Tamat Zaman Bujang, Hazim Shauki Selamat Bergelar Suami
Pengacara Go Shop, Hazim Shauki selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Joanna Ramdzam pada Ahad lalu (2 Februari).
Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya.
Hazim memuat naik sekeping foto bersama isteri, masing-masing segak dan ayu menggayakan busana berwarna putih.
"Isteri yang tersayang, alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari ini dan kini secara rasmi awak isteri saya.
"Sayang, saya janji untuk menjaga awak dengan baik, bersama dengan awak pada waktu susah dan senang, memberi sokongan yang awak perlukan di mana sahaja dan bila-bila masa.
"Untuk menyayangi keluarga awak sama seperti keluarga saya sendiri, bertolak ansur dan banyak bersabar jika kita gaduh pada masa depan, melindungi keluarga kecil kita dari semua aspek, ambil gambar yang baik untuk ootd dan posting awak.
"Untuk membantu memilih pakaian awak untuk acara atau kerja, bantu memasak atau membasuh pinggan, memimpin dan membimbing awak untuk menjadi umat Islam yang lebih baik, dan paling penting antara semua kita akan bersatu semula di Jannahtul Firdaus.
"Terima kasih sayang kerana pilih saya untuk bina kehidupan bersama dan selamat ulang tahun kelahiran untuk satu-satunya. Semoga Allah memberkati kita sentiasa! Assalamualaikum Zaujahku," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Hazim meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan agar mahligai yang dibina ini kekal bahagia selamanya.
Terdahulu, Hazim dan Joanna mengikat tali pertunangan pada Mac tahun lalu.
Must-Watch Video