Tamatkan Riwayat Sendiri Kerana Siber Buli, Ini Kronologi Kes Influencer Rajeswary Appahu
Umirah Halim
11/07/2024 00:55 MYT
11/07/2024 00:55 MYT
Berita mengenai seorang pempengaruh berbangsa india Rajeswary Appahu yang didakwa menamatkan riwayat sendiri akibat tidak tahan dibuli menggemparkan orang ramai baru-baru ini.
Rajeswary atau Esha yang merupakan seorang pengaruh media sosial, guru dan aktivis aktif telah menghadapi gangguan tanpa henti semasa sesi LIVE di TikTok selama beberapa minggu.
Wanita berusia 29 tahun itu, melaporkan bahawa seorang individu menggunakan gambarnya dan membuat beberapa ugutan untuk "merogol dan membunuh" serta "mencederakan"nya.
8 Julai (Isnin)
Dengan itu dikatakan, kes itu disiasat di bawah:
Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya; Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya; Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan menghina, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100.
Sumber: Sinar Harian, Awani, Bernama
Rajeswary atau Esha yang merupakan seorang pengaruh media sosial, guru dan aktivis aktif telah menghadapi gangguan tanpa henti semasa sesi LIVE di TikTok selama beberapa minggu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kes 'Influencer' Maut, Wanita Tempatan Ditahan
BERITA TRENDING: Netizen Petik Nama Ammar Alfian Belasah Kekasih, Ini Respons Tuan Badan
BERITA TRENDING: Suruh Berhenti Bercakap, Bapa Mek Yun Dipuji Netizen Sebab Hormat Laungan Azan - “MasyaAllah Terbaiklah Pok”
ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Bola Sepak Dipenjara Seumur Hidup Belasah Kekasih Dengan Kerusi, Tukul Besi
ARTIKEL BERKAITAN: Belasah Warga Emas Sampai Muka Bengkak & Patah Tulang Pipi, Pembuli Jalan Raya Direman 4 Hari
Wanita berusia 29 tahun itu, melaporkan bahawa seorang individu menggunakan gambarnya dan membuat beberapa ugutan untuk "merogol dan membunuh" serta "mencederakan"nya.
Ini merupakan kronologi kes kematian pempengaruh tersebut:
4 Julai (Khamis)- Rajeswary Appahu, dikenali sebagai Esha, membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi berhubung dakwaan merogol dan ugutan bunuh yang dilakukan oleh dua individu di TikTok.
- Namun, kertas siasatan tidak dapat dibuka kerana wanita tersebut tidak hadir pada keesokan harinya kerana sudah menamatkan riwayatnya sendiri.
- Esha menamakan dua individu dalam laporan polis yang dibuat di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur kerana membuat komen jelik dan membuli di media sosialnya.
- Timbalan Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), David Marshel turut mendedahkan Esha pernah meminta pertolongannya dari terus dibuli oleh beberapa individu yang menggunakan nama samaran dan akaun palsu seminggu sebelum ditemukan maut pada Khamis.
8 Julai (Isnin)
- Polis menahan seorang wanita warga tempatan berusia 35 tahun pada 1:45 pagi di Pusat Peranginan Golf Bukit Beruntung di Rawang.
- Dia ditahan reman di ibu pejabat polis Sentul sehingga 10 Julai ini bagi membantu siasatan.
- Rakan Esha menamakan tiga individu dalam laporan, memperincikan bagaimana individu ini didakwa mengganggu Esha di TikTok.