Hiburan
Netizen Petik Nama Ammar Alfian Belasah Kekasih, Ini Respons Tuan Badan
Pelakon, Ammar Alfian menafikan dakwaan dia pelakon yang membelasah kekasih setelah dipetik nama oleh netizen.
Ammar balas komen netizen
Ammar, 37, yang juga pelakon filem Paskal membuat kenyataan itu menerusi ruangan komen bagi membalas pertanyaan seorang pengguna laman sosial.
"Nateh bukan aku gila," tulisnya beserta emoji ketawa.
Advertisement
Sebelumnya komen pengguna itu memetik nama Ammar dan bertanya adakah dia pelakon yang dimaksudkan dalam laporan berita disiarkan.
Terdahulu, Gempak pernah melaporkan seorang wanita dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, di sini, awal pagi semalam.
ARTIKEL TRENDING: Pelakon Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam SUV
ARTIKEL TRENDING: Wanita Berjaya Selamatkan Anjing Kena 'Tinju', Namakan Kitster - "Buat Masa Sekarang Biarlah Ia Berehat"
ARTIKEL TRENDING: “Top Up Beli Eye Mo Lebih Sis” - Sarah Yasmine Sindir Ruhainies Lagi
ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin
ARTIKEL TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang, semalam.
"Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.
"Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara," katanya ketika dihubungi.
Must-Watch Video