Menampilkan wajah Allahyarham vokalis Spin, Achik, muzik video Sedalam Rindu nyanyian Tajul membuatkan penonton sebak.

Menerusi muzik video tersebut, turut ditampilkan isteri Allahyarham, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 33, bersama dua orang anak mereka Putri Nursafiyya, 10, dan Putri Nursumayya, 8.

Video tersebut yang dimuat naik sejak Disember 2016 itu telah ditonton sebanyak 7.6 juta kali dan mendapat lebih daripada 3400 komen.

Rata-rata mereka menyatakan rasa sebak sebaik sahaja babak anak Allahyarham membawa lukisan keluarga kepada ibu mereka.

Lebih menyentuh perasaan apabila Sumayya menunjukkan gambar ‘ayah’ yang dilukisnya seolah-olah bertanyakan kepada ibu mereka tentang Allahyarham.

Achik dan Roze Zaitul atau lebih mesra dipanggil Tasha berkahwin pada 18 November 2005 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Bagaimanapun anak sulung mereka Puteri Rania meninggal dunia pada tahun 2007 kerana demam panas.

Tasha terus diduga apabila menerima berita tentang kemalangan yang meragut nyawa suami kesayangannya pada 17 April 2010.

Untuk anda semua, kami kongsikan muzik video Sedalam Rindu.