Dua penerbit filem blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions bergabung dalam menghasilkan drama siri premium berjudul KUASA.
Selepas menghasilkan filem pecah panggung antaranya, Abang Long Fadil 2, KL Special Force dan Misteri Dilaila, kedua-dua penerbit ini terus memperluaskan kuasa bersama dengan menampilkan KUASA yang bakal menemui penonton di Astro Citra (saluran 108).
KUASA yang merupakan Astro Original siri itu membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian,Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.
Drama yang bakal menemui penonton mulai 11 April ini mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.
Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata melihat sambutan drama premium Astro Originals terdahulu menerusi Kampong Pisang Bersiri-Siri, Projek: Anchor SPM, I-Tanggang dan Dukun Diva, kami percaya jalan cerita yang segar dan kualiti produksi yang tinggi, mampu memberi kepuasan berbeza kepada penonton.
“Begitu juga dengan KUASA, yang mana tema utamanya adalah kekeluargaan yang merupakan subjek universal, tetapi isu yang dikupas berlegar tentang industri perfileman, kerakusan kuasa, sabotaj dan kemasyhuran.
“Jadi, kami harap KUASA dapat mencipta kejayaan tersendiri dan sekali gus menjadi sebahagian perubahan dalam industri hiburan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media.
Siri genre drama, jenayah dan romantik ini telah diarahkan oleh Kroll Azry yang sebelum ini mengarahkan drama bersiri yang tercalon menerusi Drama Siri Terbaik/Telefilem Untuk Pasaran Tempatan Asian di Content Asia Award 2020 iaitu ‘Black’, ‘KL Gangster Underworld 2’, filem Pekak dan banyak lagi. Manakala idea asal Kuasa adalah daripada Shamin Yusof.
Sementara itu, mewakili Skop Productions & Idea Asal KUASA, Shamin Yusof melahirkan rasa terujanya apabila drama siri premium KUASA akan menemui penonton tidak lama lagi.
“KUASA adalah idea asal pertama saya yang akan dipersembahkan kelak, dan ia tercetus apabila melihat tiada lagi naratif sebegini ditonjolkan, dan saya yakin ia sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama penonton.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro Shaw kerana meletakkan kepercayaan pada saya dalam merealisasikan idea ini ke dalam bentuk drama siri premium,” ujarnya.
KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.
Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 11April ini. Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Syafiqah Jalal
Wed Mar 30 2022


Tak Sempat Sampai Majlis Pengebumian Nenek, Pemain Badminton Dan Ibu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Allahuakhbar... Al-Fatihah...

“Saya Reda Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
Tiada rezeki Adi kali ini

"Hubungan Juga Sudah Tidak Baik" - Peguam Jelaskan Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Penjelasan peguam mewakili Diana.

Kecoh Tersebar Gosip Son Ye Jin Minta Cerai Sebab Hyun Bin Kuat Berjudi
Harap semuanya baik-baik sahaja.

"Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik
Adik beradik kot

Peminat Dakwa Tak Ada Job, Agnes Mo: “Sekali Bekerja Cukup Untuk Beberapa Tahun”
Fuh, sekali kerja dah cukup tau. Hebat Agnes Mo.

Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”
Ada betul kata Sam tu...

Suami Yana Samsudin Edit Gambar Dengan Pelakon High Council, Netizen - “Yang Belakang Itu Next Kapla Ke?”
Terhibur tengok haha

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian