Laman Utama

Tampil Dengan Lagu Baru Dalam Tiga Bahasa, MFMF Target Masuk Industri Hiburan K-Pop!

Asraf Aided
10/12/2021
12:10 MYT
Kumpulan MFMF yang dianggotai Brendan Lim, Justin Seow dan Zen kini tampil dengan single terbaru berjudul Rindu.
Menariknya tentang lagu ini, ia dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu Korea, Mandarin dan Bahasa Melayu.
Single ini juga menampilkan kolaborasi bersama rapper Airliftz dan juga Alex Ungku.
Menurut Brendan, MFMF menghasilkan lagu itu dalam Bahasa Korea kerana mereka meletakkan target untuk memasuki pasaran hiburan di negara berkenaan.
"Kami hasilkan lagu ini dalam tiga bahasa iaitu Mandarin, Korea dan Bahasa Melayu. Lagu asalnya ditulis dalam Bahasa Melayu, sebab kami hasilkan dalam Bahasa Korea kerana setelah mendengarnya, kami rasa ia kedengaran bagus jika dinyanyikan dalam bahasa itu juga.
"Kami juga memandang industri hiburan K-Pop semakin pergi jauh. Malah, baru-baru ini pun, kumpulan terkenal BTS ada memenangi beberapa kategori dalam American Music Awards (AMA).
"Oleh itu, kami sememangnya meletakkan perancangan untuk menembusi bidang hiburan di sana," katanya.
Brendan berkata demikian ketika ditemui di acara MFMF Listening Party sempena pelancaran lagu Rindu di The Starling Mall, Damansara Utama pada Rabu.
Dalam pada itu, MFMF juga gembira kerana berpeluang bekerjasama dengan penyanyi Korea Selatan, Jimmy Brown untuk menyanyikan bersama lagu Rindu versi Korea.
"Kami sudah lama simpan hasrat untuk menghasilkan lagu dalam Bahasa Korea, sekitar pertengahan tahun ini, kami terlibat dengan sesi tulis lagu secara online untuk artis K-Pop, disitulah kami berjumpa dengan Jimmy Brown.
"Kami gembira kerana proses berjalan lancar, Jimmy adalah seorang yang sangat mudah untuk bekerjasama," kata Brendan lagi.
MFMF berperanan bukan sekadar komposer, malah turut menjadi penyanyi latar dalam tiga versi lagu tersebut.
Rindu versi Korea dilancarkan dahulu pada 29 Oktober lalu diikuti Mandarin dua minggu selepas itu.
Versi Bahasa Melayu pula dilancarkan pada 26 November lalu.
Gabungan MFMF bersama Airlift dan Alex Ungku menjadikan lagu itu taruhan pertama mereka dalam muzik arus perdana di Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Hiburan

Ajai Kongsi Kemunculan Terbaharu Hafiz Suip, Peminat Pula Luah Rasa Rindu – “My Brother Is Back, We Love You”

gempak
23/07/2024
21:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ajai memuat naik video yang memaparkan Hafiz melaksanakan latihan nyanyian dengan mendendangkan lagu Ku Akui di studio.
Hiburan

Kugiran Masdo Mendunia! Kali Ini Jayakan Festival Muzik Di Mongolia & Korea Selatan

gempak
17/07/2024
15:55 MYT
Selepas sambutan memberangsangkan di beberapa wilayah di Indonesia seperti Bandung, Jakarta, Yogyakarta dan Bali pada Mei dan Jun lalu, Kugiran Masdo melebarkan sayap mereka dengan bermain di festival muzik di Mongolia dan Korea Selatan.
Hiburan

Hannah Delisha Lancar Lagu Selepas Keguguran - "Akan Tiba Lagu Motivasi Tentang Harapan & Kekuatan"

gempak
15/07/2024
17:55 MYT
Kali terakhir penyanyi dan pelakon Hannah Delisha muncul dengan single adalah pada 2021 menerusi lagu Terlalu Mudah.
Hiburan

A.R Rahman Cerita Momen Nostalgia Jumpa Mendiang Michael Jackson, Hampir Rakam Lagu Bersama - "Sayangnya Dia Pergi Lebih Dahulu"

gempak
09/07/2024
15:41 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal India, A.R Rahman berkongsi momen nostalgik bersama Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson ketika hayatnya sekitar 15 tahun lalu.