,
Berita

Tampil Kurus & Pucat, Gambar Terbaharu Johnny Depp Buat Peminat Risau

Rozaimi Zubaidi
04/06/2018
07:04 MYT
Heboh di media sosial apabila tular gambar terbaharu Johnny Depp yang kelihatan semakin kurus dan pucat.
Foto yang tular itu telah mencetuskan kebimbangan di kalangan netizen sehingga ada yang beranggapan aktor tersebut kini sedang sakit.
Menurut laporan Daily Mail, Johnny Depp telah bergambar dengan peminat di Rusia pada minggu lalu sebelum beraksi dalam satu konsert bersama kumpulan muziknya The Vampires Hollywood.
Gambar-gambar itu dirakamkan di hotel Four Seasons di St. Petersburg, Moscow iaitu lokasi persembahan kumpulan muzik tersebut.
Keterujaan wanita-wanita itu berkongsi gambar terhenti apabila ramai netizen yang memberikan komen lebih kepada kebimbangan terhadap keadaan kesihatan Depp.
Rata-rata netizen meluahkan rasa risau dengan keadaan terbaharu Depp dan berharap agar dia mendapat rawatan terbaik untuk mengubati masalah penyakit yang dihadapi.
Namun ada juga yang mengatakan ia mungkin penampilan terbaru Depp bagi menjayakan filemnya yang akan datang.
Sumber: Daily Mail
Susunan: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kantoi Dengan Sugar Daddy, Sampai Minta Pembantu Peribadi ‘Deal’ Dengan Isteri Pertama Untuk Redakan Keadaan

gempak
07/09/2024
05:55 MYT
Hanya memperkenalkan artis tersebut sebagai R, Hilmi memberitahu bahawa aktres berkenaan pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya itu.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

gempak
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.