,
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

Umirah Halim
17/08/2024
18:55 MYT

Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.

Himpun 32 barisan penghibur

Menariknya, festival pada kali ini bakal menghimpunkan 32 penghibur dengan majoriti dalam kalangan pemuzik tempatan dan Indonesia yang kebanyakannya telah dipilih melalui undian di platform media sosial Hausboom sendiri dan sememangnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap peminat mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom Azri Zahier Azmi atau lebih dikenali sebagai John Lemon mahu melihat jenama Hausboom Music bukan hanya sekadar sebuah konsert tetapi festival yang perlu diraikan dalam piawaian yang sewajarnya.

"Kepelbagaian penyatuan muzik dan bisnes lokal ini juga merupakan antara sebab kami memillh tema "Colours of Life" dimana ia bakal memberikan pengalaman luar biasa bukan hanya dari sudut muzik tetapi keseluruhan festival kepada pengunjung kelak,” katanya menerusi siaran media.

BERITA TRENDING: Zainal Abidin Harap Penganjur Muzik Festival Peka Soal Agama, Elak Pakaian Menjolok Mata - “Kita Negara Islam..”

​BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Bakal Warnai Hausboom Music Festival 2024

​BERITA TRENDING: “Orang Tu Ke Bagi Rezeki Dekat Saya?- Baby Shima Anggap Kecaman Sebagai Ujian, Mahu Terus Perjuang Dangdut

​BERITA TRENDING: Memang Legend, Konsert HAUSBOOM Music 2023 Kumpul 35 Penghibur; Dari Ella, Joe Flizzow, SOG, Spider, Dolla Sampai Baby Shima

Seperti tahun yang sebelumnya, Hausboom juga telah mengeluarkan 300,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi Hausboom Music Festival 2024.

Bukan itu sahaja, setiap label edisi terhad itu mempunyai kod QR dimana setiap pembeli yang mengimbas kod tersebut berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul berjumlah RM400,000 yang terdiri daripada:

  1. Hadiah berbentuk wang tunai
  2. Tiket- tiket VIP yang berjumlah RM1,200 untuk sekeping tiket
  3. Barangan rasmi Hausboom Music Festival 2024
  4. T-shirt rasmi edisi terhad konsert Hausboom Music 2024

Nama-nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah Lagenda seperti kumpulan Wings, Ruffedge, Datuk Zainal Abidin. Diikuti oleh band serta penyanyi seperti Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz, 53 Universe dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor dan digilai ramai.

Selain itu, kumpulan dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters akan menjadi wakil dari republik tersebut untuk sama-sama memeriahkan festival ini.

Maklumat Tiket: Jualan tiket untuk Hausboom Music Festival 2024 kini telah dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada festival unik ini!

Tiket boleh dibeli dalam talian di https://savalive.io/hbm2024 dan akan layak untuk memasuki kedua-dua Hausboom Music Festival 2024 & Hausboom Lokal Fest 2024.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

3 Hari Penuh Kemeriahan Di SYOK Fest KITA 2024, Pelbagai Hiburan Untuk Pengunjung

gempak
07/09/2024
08:25 MYT
Astro Radio dengan bangganya menganjurkan SYOK Fest 2024, bermula Jumaat hingga Ahad ini bertempat di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam, Shah Alam.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Terus Catat Kemenangan

gempak
31/08/2024
23:53 MYT
Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou berjaya muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan Suryo Nugroho pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini, hari ini.
Sukan

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang Sukma 2024

gempak
18/08/2024
05:55 MYT
Pertunjukkan dron bercahaya dan pancaran laser pelbagai warna di dalam Stadium Sarawak malam tadi memukau kira-kira 40,000 hadirin yang menyaksikan upacara pembukaan gilang-gemilang Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Hiburan

Zainal Abidin Harap Penganjur Muzik Festival Peka Soal Agama, Elak Pakaian Menjolok Mata - “Kita Negara Islam..”

gempak
17/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Datuk Zainal Abidin Menakai penganjuran festival muzik tempatan terbaik bagi merancakkan industri seni hiburan.
Hiburan

Siti Nurhaliza Bakal Warnai Hausboom Music Festival 2024

gempak
14/08/2024
16:01 MYT
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi antara 32 artis popular yang akan menghangatkan Hausboom Music Festival 2024 yang bakal berlangsung di KL Base pada tanggal 5 dan 6 Oktober depan.