Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tampil Mengenakan Pakaian Dalam Dan Bengkung, Netizen Minta Sajat Ingat Kubur - “Taubatlah…”

Izwan Isa
15/03/2022 07:50 MYT
Another day, another drama! Mungkin ungkapan popular Inggeris itu yang boleh dipadankan dengan situasi usahawan kontroversi, Nur Sajat.

Kini berada di Australia selepas beberapa kali ‘lari’ daripada pihak berkuasa tempatan, Sajat dilihat aktif berniaga di media sosial, menjual aksesori kecantikan di bumi kangaru itu.

Seperti biasa, menerusi platform media sosial Instagram, Sajat kelihatan aktif dan bersungguh mempromosikan bengkung yang diniagakan di sekitar Australia.

BACA: “Negara Mana Yang Tentukan Jantina Dia, Kita Tak Campur” - Sajat Tetap Lelaki Di Malaysia

Begitupun, menerusi sepotong video baharu yang dikongsikan, Sajat dilihat tampil seksi, iaitu dengan mengenakan pakaian dalam dan bengkung sahaja.

Tidak hanya itu, dengan berpakaian sedemikian, Sajat dilihat menari kecil sehingga kelakuannya itu mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan netizen.

Menerusi ruangan komen, ramai yang tidak bersetuju dengan perbuatannya itu.

BACA: "Rasa Seperti Dilahirkan Semula" - Sajat Kini Wanita Di Australia, Dakwa Berjaya Daftar Status Tukar Jantina

“Kubur kata mari dah Sajat wei, taubatlah…” begitu komen seorang netizen ringkas.

“Awak yang suka cabar orang mengata awak Sajat... Semoga mendapat hidayah oleh Allah,” luah seorang lagi pengguna media sosial.

“Ingat la… saat malaikat maut menjemput kita nanti… kita tak boleh nak cakap tunggu dulu… tak sedia lagi… berubahlah selagi diberi peluang,” nasihat seorang lagi wargamaya.

Begitupun, Sajat dilihat tidak mempedulikan komen-komen yang ditinggalkan di Instagramnya.
#Nur Sajat #Seksi #Kubur #Mati #Hidayah #Bengkung
;