Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menegaskan transgender Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tetap lelaki di negara ini.
Menurutnya, maklumat yang tertera di kad pengenalannya adalah menentukan jantinanya yang sebenar meskipun lelaki itu telah bertukar menjadi wanita.
"Itu di negara lain. Dalam negara kita, dia tetap lelaki sebagaimana di dalam kad pengenalannya.
“Sama ada dia nak pilih negara mana, alam mana untuk tentukan jantina itu, kita tak campur. Itu dia punya pasal," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Memetik laporan Gempak hari ini, Muhammad Sajjad, 35, atau dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan sudah menukar status jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.
Usahawan kosmetik itu meluahkan rasa gembiranya apabila permohonannya itu diluluskan oleh kerajaan negara kangaroo tersebut.
BACA: “Rasa Seperti Dilahirkan Semula” - Sajat Kini Wanita Di Australia, Dakwa Berjaya Daftar Status Tukar Jantina
Terdahulu, dia diburu pihak berkuasa tempatan selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Pada Jun tahun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang berlangsung di Mahkamah Ampang.
Azwa Rahman
Wed Feb 23 2022


“Kita Semua Cantik Tak Kira Apa Jua Saiz Badan! Jangan Insecure!” - Dina, Cik B Mahu Wanita Yakin Diri
Yang penting kena yakin.

Lantik Adi Putra & Nora Danish Sebagai Duta, Starvilion Labur RM3 Juta
Meriah dengan koleksi Starvilion

Masjid Hagia Sophia Dibersih Dengan Air Mawar & Gemerlapan Sempena Ramadan
Bulan mulia Ramadan disambut penuh gembira oleh umat Islam di seluruh dunia.
![[VIDEO] Pegang Al-Quran, Aaron Aziz Dedah Cerita Sebenar Isu Dengan Syamsul Yusof - “Bila Kau Tak Nak, Kau Buang Aku...” [VIDEO] Pegang Al-Quran, Aaron Aziz Dedah Cerita Sebenar Isu Dengan Syamsul Yusof - “Bila Kau Tak Nak, Kau Buang Aku...”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-175.png?ext=.png)
[VIDEO] Pegang Al-Quran, Aaron Aziz Dedah Cerita Sebenar Isu Dengan Syamsul Yusof - “Bila Kau Tak Nak, Kau Buang Aku...”
Ini penjelasan Aaron pula.

"Penerbit Cakap Dia Ada Masalah Kesihatan...." - Syamsul Yusof Dedah Punca Aaron Aziz Digugurkan
Semoga dipermudahkan

"Penerbit Cakap Dia Ada Masalah Slip Disc...." - Syamsul Yusof Dedah Punca Aaron Aziz Digugurkan
Aaron Aziz ada masalah kesihatan
![[VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…” [VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-172.png?ext=.png)
[VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…”
Semoga DD sentiasa kuat...

“Yeay, Purple! Cantik Buat Baju Raya Ni” - Netizen Happy! Teka Tepat Warna Baju Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja
Seronok main teka-teka warna baju hehehe.

“Jika Semua Dah Teratur Saya Akan Kembali” - Jadi Usahawan, Nynaa Harizal Nafi Berhenti Berlakon
Bukan senang nak jadi usahawan.

Syamsul Yusof Belum Sedia Bawa Anak-Anak Berjumpa Ira Kazar - “Perlu Betulkan Yang Berkecamuk Dengan Sarah Dulu”
Semoga dipermudahkan