Perlawanan antara Vietnam dan Malaysia bagi kumpulan B pada Selasa mencetuskan kontroversi apabila pengadil Ryuji Sato memberikan layangan kad merah serta keputusan penalti buat skuad negara.

Gara-gara menerima pelbagai kecaman daripada netizen Malaysia, Ryuji menerusi laman Instastory miliknya mendedahkan dia sudah menerima panggilan daripada FIFA.

"Saya menerima banyak mesej daripada penyokong Malaysia tentang keputusan pengadilan perlawanan semalam.

"Saya telah menerima panggilan daripada badan persatuan pengadil FIFA dan mereka akan membuat keputusan prestasi saya dalam perlawanan tersebut,” katanya.

Ryuji turut memohon maaf atas isu pengadilan dalam perlawanan terbabit dan memohon semua pihak tidak menyerang akaun peribadi Instagramnya kerana bimbang akan mengganggu keluarganya.

"Saya memohon maaf kepada seluruh penyokong Malaysia. Saya mohon jangan serang akaun peribadi Instagram saya, kerana saya ada keluarga yang baca semua komen buruk yang dilontarkan," ujarnya.

Terdahulu, Vietnam pulang selesa dengan menumpaskan Malaysia 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kebangsaan My Dinh.

Bagaimanapun kemenangan tersebut disifatkan sebagai berat sebelah oleh peminat bola sepak gara gara sikap ‘entah apa-apa’ pengadil perlawanan iaitu Ryuji Sato.

Kontroversi meledak selepas Ryuji memberikan sepakan penalti dan kad merah pada minit ke-60 berikutan pelanggaran melibatkan Azam Azmi Murad dan Doan Van Hau.

Dan hasil penalti yang diberikan, Que Goc Hai memastikan Vietnam mendahului 2-0 ke atas skuad kendalian Kim Pan-gon tersebut.

Meninjau banyak ciapan di Twitter, rata rata penonton dan peminat bola sepak melampiaskan kemarahan terhadap Ryuji yang disifatkan seperti mempunyai dendam terhadap skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

BACA: Tewas 3-0 Dengan Vietnam, Kenapa Ryuji Sato Jadi Pengadil Paling Dibenci Rakyat Malaysia?

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.