Selepas meraih kemenangan besar di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34), penyanyi Naim Daniel kini muncul dengan single terbarunya yang berjudul Sembah.

Menurut Naim, selepas kemenangannya di AJL34, dia mahu terus menghasilkan karya yang terbaik buat peminat.

“Alhamdulillah, kalau tak ada aral melintang, saya akan keluarkan single terbaru yang menampilkan Man Kidal berjudul Sembah,” jelasnya kepada Gempak.

#sembahxnaim - out now everywhere . link on my bio and let me know what you guys think bout it ??

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on


Naim ditemui ketika majlis sidang media AJL34 yang diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Ahad.

Tambah Naim, penerimaan orang ramai terhadap lagu Sumpah cukup memberikan semangat padanya.

“Sebagai pengkarya, kita nak orang berhubung dengan seni yang kita hasilkan.

“Saya bersyukur ramai yang boleh ambil lagu saya dan kaitkan dengan kisah kehidupan mereka,” jelas Naim lagi.



Video lirik rasmi Sembah sudah mula berada di laman YouTube bermula semalam.

Kini berada di tangga ke-30 carta trending YouTube, rata-rata peminat memberikan komen positif terhadap lagu Sembah.

Sebelum ini, Naim pernah mengeluarkan single Sekali Lagi, Sempurna, Sumpah dan Adakah Engkau Menungguku yang menampilkan Tuju dari kumpulan K-Clique.

Pada malam Ahad lalu, Naim melakar sejarah apabila diumumkan sebagai juara AJL34 menerusi lagu Sumpah hasil ciptaannya sendiri dan Omar K.