,
Laman Utama

Tampilkan Lebih 500 Model Catwalk, AEON Fashion Preview Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Amri Hassan
30/06/2023
11:37 MYT
Pertunjukan fesyen AEON Fashion Preview edisi Jun 2023 dinobatkan Malaysia Book Of Records sebagai acara pertunjukan fesyen yang disertai paling ramai model.
Seramai 534 orang model yang terdiri daripada personaliti berbeza latar belakang dan usia terbabit dalam acara yang bertempat di IOI City Mall Putrajaya pada Sabtu lalu.
Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata pihaknya sentiasa berpegang pada keazaman dan komitmen AEON terhadap pergerakan fesyen yang inklusif.
"Meraikan semua individu dari segenap latar belakang secara sepenuhnya, dan percaya bahawa fesyen ialah sesuatu yang boleh dipakai oleh semua golongan – dan penyumberan khalayak memainkan peranan yang besar dalam AFP kali ini.
"Sebagai peruncit yang menyediakan barangan kepada orang kebanyakan dan keperluan pakaian mereka, AEON meraikan kemeriahan kepelbagaian dan membolehkan setiap individu menyerlahkan gaya peribadi mereka.
"Ini bertujuan menghidupkan keyakinan, menggalakkan orang ramai agar berani membawakan kata-kata perangsang seperti #ownwhatyouwear, bangga untuk menjadi diri anda iaitu #you, dan menaikkan kuasa kendiri iaitu #individuality," katanya.
BACA: Kolaborasi Dengan Fiziwoo, Fashion Show Di Tempat Rare... Ini Yang Menarik Tentang AEON AFP 2023 Di UiTM Shah Alam
BACA: AEON Launched New Line of Fashion Apparel with A Runway in an MRT Coach
Dalam AFP Jun 2023, kapsul-kapsul fesyen bertema yang dipersembahkan adalah koleksi utama atau signature eksklusif dibawah AEON seperti SCAR, Puteri, Arcadia, M, ti:zed, innercasual iC, Agenda, Suave, Guys’ Vision, +Collection, Scarlet inners, JKids dan Crème.
Ini termasuk fabrik linen ringan dan berliang yang lain daripada kebiasaan, sesuai untuk cuaca panas; fabrik denim atas denim yang sentiasa malar dan versatil; pakaian sukan yang menggabungkan gaya dan fungsi; pakaian kerjaya yang berevolusi; dan pakaian kembara dengan kaitan lebih ringan.
Selain itu, terdapat fesyen untuk ibu hamil dalam meraikan keperluan tubuh yang berbeza, baju tidur kanak-kanak dengan cetakan ceria untuk mereka tidur dengan selesa, serta fesyen anime dengan karektor kegemaran menjadi kebanggaan.
Untuk meningkatkan lagi persepakatan ini ke tahap yang lebih tinggi, AEON menjalinkan kerjasama dengan Comic Fiesta, sebuah pertubuhan peneraju dengan komuniti terbesar dalam bidang anime dan comic-con dalam negara, bagi Festival Anime AEON untuk kali pertama.
Festival ini akan menampilkan pelancaran bulanan kemeja-T watak anime bermula daripada Attack on Titan, Demon Slayer, disusuli Naruto and Jojo’s Bizarre Adventure.
Bagi memastikan koleksi fesyen ini selaras dengan usaha AEON dalam memperkasakan Sasaran ke-8 dan ke-15 Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pertunjukan ini juga menumpukan terhadap menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif bagi pembangunan mampan, menyediakan keterbukaan saksama kepada semua, dan membina institusi bertanggugjawab dan inklusif yang efektif di semua peringkat; serta melindungi, memulihara dan menggalakkan penggunaan ekosistem daratan secara mampan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Main Pickleball 26 Jam Tanpa Henti, HITZ, MIX dan LITE Lakar Rekod Malaysia Book Records

gempak
30/09/2024
15:35 MYT
Stesen Astro Radio Bahasa Inggeris iaitu HITZ, MIX dan LITE melakar rekod baharu dalam Malaysia Book Records menerusi perlawanan Pickleball selama 26 jam tanpa henti di Dink2 @ Sunway Serene X-Park baru-baru ini.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
Viral

"Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

gempak
17/08/2024
13:25 MYT
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya memukau penonton dalam acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di ibu negara.
Hiburan

Tampilkan Rupa & Bentuk Badan Yang Pelbagai, Penyampai Radio ERA Jadi Model Catwalk KLFW

gempak
05/08/2024
15:55 MYT
Penyampai radio ERA diberi penghormatan untuk menjadi model catwalk bagi acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 bertempat di perkarangan Menara Berkembar Petronas.
BorakSeeni