Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tampilkan Rupa & Bentuk Badan Yang Pelbagai, Penyampai Radio ERA Jadi Model Catwalk KLFW

Firdaus
05/08/2024 15:55 MYT
Penyampai radio ERA diberi penghormatan untuk menjadi model catwalk bagi acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 bertempat di perkarangan Menara Berkembar Petronas.

Diberi Penghormatan

Ia adalah usahasama dengan label pakaian terkenal Super Sunday, berbesar hati untuk memperagakan pakaian hasil rekaannya.

Pengurus Saluran Era Azah Sahrin berkata peluang ini tidak wajar disia-siakan kerana penyampai radio di bawah kendaliannya menjadi model catwalk pertama bagi stesen radio di Malaysia.

“Ini kerana model dari penyampai radio ERA hadir dalam pelbagai saiz, rupa dan cara penampilan mengikut gaya masing-masing.

Ia sekaligus menyaksikan mereka memecahkan tradisi majlis peragaan fesyen pakaian yang sering memfokuskan model-model terkenal dan popular.

“KL Fashion Week amat berani ketengahkan penyampai radio sebagai model catwalk dan ia amat luar biasa.

“Ini kerana model dari penyampai radio ERA hadir dalam pelbagai saiz, rupa dan cara penampilan mengikut gaya masing-masing.

“Mesej yang boleh disampaikan ialah, semua orang berpeluang menjadi model catwalk dan ketepikan diskriminasi yang sering bermain di minda sesetengah pihak.

“Apa-apa pun ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Super Sunday yang sudi membenarkan penyampai radio ERA memperagakan hasil rekaannya di pentas fesyen yang beprestij,” katanya.

BERITA TRENDING: Hilang Arah Selepas Ditamatkan Perkhidmatan Di Stesen Radio, Fizie Pernah Terfikir Nak Akhiri Nyawa Sendiri - “Aku Hampir Terjun, Nasib Baik Allah Hantar…”

BERITA TRENDING: Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”

BERITA TRENDING: Saling Beringat Tentang Kesihatan, Jep Titip Pesanan Buat Angah Raja Lawak - “Aku Harap Ini Satu ‘Wake Up Call’ Untuk…

BERITA TRENDING: Tiada Lagi Usikan Nakal Di Konti Radio, Haniff Tinggalkan ERA & Ean Undur Diri Dari HITZ

Tambah Azah, antara penyampai radio ERA terlibat ialah Nabil Ahmad, Radin, Shasha, Muna, Hawa Rizwana, Fazziq, Ray dan bekas pemain bola sepak negara Safee Sali.

KL Fashion Week 2024 merupakan acara perhimpunan bagi pereka fesyen tempatan mempamerkan hasil rekaan masing-masing kepada umum.
#Radio #Era #Catwalk #KFLW