,
Hiburan

Tiada Lagi Usikan Nakal Di Konti Radio, Haniff Tinggalkan ERA & Ean Undur Diri Dari HITZ

Mya Amri
31/07/2024
12:23 MYT
Penyampai radio ERA, Haniff Hamzah dan HITZ iaitu Ean mengambil Keputusan untuk meninggalkan kerjaya mereka.
Berita itu dimaklumkan oleh Astro Radio menerusi satu kenyataan kepada media.

Tinggalkan radio

Astro Radio memaklumkan kedua-duanya merupakan penyampai radio yang sangat bagus dengan komitmen kerja selain berdedikasi terhadap tugasan diberikan.

“Haniff yang mengendalikan segmen Petang ERA telah menghiburkan pendengar kami dengan gaya dan telatahnya yang tersendiri.

“Manakala Ean yang menjadi tonggak Kru Pagi HITZ selama lebih sedekad, telah menghiburkan pendengar dengan penuh semangat tanpa lelah dan lesu,” coretnya. Dalam pada itu, pihak Astro Radio juga turut berbangga dengan pencapaian Haniff dan Ean sepanjang bersama stesen berkenaan.
“Kedua-duanya meneruskan kerjaya radio mereka ke peluang lebih baharu. Walaupun sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, kami tetap mendoakan mereka agar terus berjaya dalam apa jua mereka lakukan.
“Astro Radio berbangga dengan pencapaian mereka kerana sumbangan mereka amat luar biasa dan terus menjadi kenangan terindah dalam keluarga kami,” maklum kenyataan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Terkini

Biar Betul? Era Pinjam RM250 Dari Ah Long Untuk Bagi Pendengar!

gempak
10/09/2024
06:43 MYT
Berita baik untuk semua pendengar radio Era, kini anda berpeluang untuk memenangi wang tunai RM250 sempena peraduan Baik Punya Ah Long.
Hiburan

"Kembali Ke Cinta Pertama" - Haziq Hussni Luah Perasaan Kembali Jadi Penyampai Radio.

gempak
06/09/2024
14:55 MYT
Pengacara radio, Haziq Hussni meluahkan rasa gembira apabila dia sudah kembali selepas berehat dari dunia radio.
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Hiburan

“Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi

gempak
27/08/2024
15:46 MYT
Penyanyi dan penyampai ZAYAN, Mawi akui segmen ‘Bukan Nama Sebenar’ di platfom radio berkenaan banyak mengajarnya erti bersyukur.