Berita
Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Lakukan Ritual Agama Sebelum Pulang Ke India
Berdepan tragedi ahli keluarga 'ditelan' tanah dan 'hilang' sekelip mata bukanlah satu realiti yang mudah diterima, apatah lagi tidak berkesempatan untuk menatap wajah insan tersayang itu buat kali terakhir.
Namun ahli keluarga G Vijaya Laksmi, 48, rakyat India yang hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India di sini pada 23 Ogos lalu terpaksa akur dengan 'lukisan takdir'.
BERITA TRENDING: Masjid India Serupa 'Pekan Koboi', Lengang Tanpa Pengunjung Seperti Dahulu
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mereka akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air pada Ahad, iaitu sehari selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.Sebelum pulang, suami, anak lelaki dan adik perempuan Vijaya Laksmi ke lokasi tanah mendap itu buat kali terakhir untuk melakukan upacara keagamaan.
Advertisement
Mereka menyalakan lampu minyak dan membunyikan loceng sebagai sebahagian daripada upacara ritual Hindu.
Mereka turut dilihat mengambil segumpal tanah dan dimasukkan ke dalam beg plastik, barangkali untuk dibawa pulang ke India.
Difahamkan mereka akan bertolak pulang ke India jam 5 petang ini.
Pada 23 Ogos lalu, mangsa yang berasal dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.
Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan kerajaan memutuskan untuk menghentikan operasi SAR wanita itu selepas melakukan pelbagai usaha selama sembilan hari.
Beliau menjelaskan, keputusan itu diambil selepas kerajaan mengambil kira isu keselamatan membabitkan pasukan SAR, orang ramai dan kawasan sekitar.
BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Keselamatan Faktor Utama, Operasi SAR Dihentikan Hari Ini
BERITA TRENDING: Lelaki Peluk Islam Selepas Hampir Terjatuh Tanah Jerlus Masjid India
BERITA TRENDING: Bisnes Merosot, Sarine Antara Peniaga Yang Terkesan Dengan Insiden Tanah Jerlus Jalan Masjid India
Sumber: AwaniMust-Watch Video