Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tanah Jerlus Masjid India: “Mangsa Dipercayai Dihanyut Arus Deras” - Polis

Awani
23/08/2024 13:36 MYT
Wanita warga India yang terjatuh dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, dipercayai dihanyutkan arus deras bawah tanah.

Memetik kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa sebagai berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa memerlukan perancangan rapi kerana membabitkan infrastruktur awam.

Menurutnya, beliau difahamkan terdapat aliran air yang deras dan operasi SAR telah meliputi kawasan hujung bawah tanah tetapi belum menjumpai mangsa setakat ini.

“Kita sekarang (SAR) ikut peringkat dan perbincangan dibuat dengan pihak Indah Water Konsortium (IWK) dan agensi berkenaan berhubung pelan (infrastruktur) sebab kita tidak boleh buat sesuka hati.


"Saya dimaklumkan jika kita buat penutupan (paip/parit), dikhuatiri mungkin akan berlaku banjir di lokasi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Jumaat.

Rusdi menambah pelbagai faktor perlu dipertimbangkan termasuk keadaan gas di bawah tanah.

“Sehubungan itu, setiap tindakan yang diambil perlulah berstrategi dan dirancang rapi demi keselamatan semua,” katanya.

Jelasnya, mangsa bersama beberapa ahli keluarga datang melancong ke Malaysia hampir dua bulan lalu dan bercadang untuk terbang pulang ke India esok.

Terdahulu, tinjauan Astro AWANI mendapati sekurang-kurangnya empat jengkaut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mengorek kawasan mendapan.

Operasi pencarian kini memasuki tempoh 10 jam sejak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi tadi.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat dalam kenyataan operasi mengorek dilakukan bagi meluaskan kawasan pencarian mangsa yang terjatuh dalam kejadian itu.

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Di Hadapan Masjid India, Seorang Mangsa Dikesan

BERITA TRENDING: Berlian Kedua Terbesar Di Dunia Ditemui Di Botswana

BERITA TRENDING: Pukul, Kejar Bapa Dengan Pisau Kerana Berang Ditegur Sering Lepak

BERITA TRENDING: Bapa Dua Anak Didakwa Raba Punggung Rakan Sekerja


Sumber: Astro Awani

#Hanyut #India #Mangsa #Masjid India #Tanah Jerlus #arus #deras