,
Berita

Tanah Jerlus Di Hadapan Masjid India, Seorang Mangsa Dikesan

Awani
23/08/2024
05:20 MYT
Seorang wanita warganegara India dikesan terperangkap dalam kejadian tanah jerlus di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India pagi ini.
Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar, berkata Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi.
"Pasukan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian. Keluaran pasukan operasi daripada BBP Titiwangsa serta bantuan dari BBP Hang Tuah bersama jentera FRT-2 dan RIM-2 dengan kekuatan 15 anggota lain-lain pangkat sebagai ‘first responder’ untuk menangani insiden kecemasan.
"Setibanya pasukan di lokasi kejadian benar terdapat seorang mangsa wanita dewasa warganegara India berumur 48 tahun terjerlus ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.
"Kedalaman lubang dianggarkan lapan meter. Tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Unit STORM dan Unit Pengesan (K9) berada di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini
Sumber: Astro Awani
Foto: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kejadian Tanah Jerlus Jalan Masjid India Bersifat Setempat, Selamat Dikunjungi

gempak
11/09/2024
02:25 MYT
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India pada Rabu, mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Viral

Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

gempak
07/09/2024
02:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan @cymfvlkrum dilaman TikTok dia sangat kagum dengan tindakan pasukan bomba yang tiba dilokasi kebakaran kurang daripada 10 minit.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000

gempak
06/09/2024
09:25 MYT
Keluarga G Vijaya Lakshmi, rakyat India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur dua minggu lalu menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke tanah air mereka pada 1 September lalu.
Laman Utama

Tanah Jerlus:'150 Anggota SAR Setiap Hari, Kita Sudah Buat Yang Terbaik' - Bomba

gempak
03/09/2024
05:55 MYT
"Sepanjang tempoh sembilan hari operasi SAR itu, kita telah buat yang terbaik."