Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Premis Perniagaan Sekitar Sepi, Lengang

gempak
Awani
25/08/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Tanah Jerlus Masjid India: Premis Perniagaan Sekitar Sepi, Lengang
Walaupun premis perniagaan di sekitar lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, masih dibuka dan beroperasi seperti biasa namun kawasan itu kelihatan sepi kerana kurang pengunjung.
Tinjauan Bernama di pusat perniagaan Wisma Yakin yang terletak hanya 10 meter dari lokasi tanah jerlus dan premis kedai di bawah Flat Malayan Mansion mendapati, keadaan amat lengang.
Peniaga yang mahu dikenali sebagai Asmawati, 52, berkata kehadiran pengunjung ke kedainya yang terletak hanya 15 meter dari lokasi kejadian menurun sehingga 90 peratus, berbanding tengah hari semalam meskipun selepas kejadian berlaku.
"Boleh lihat tiada siapa pun yang lalu di kedai kami, mungkin juga sebab mereka bimbang. Kami akan teruskan berniaga sehingga mendapat arahan pihak berkuasa sekiranya mereka mengarahkan untuk menutup operasi demi keselamatan, kami tiada pilihan namun ini juga punca pendapatan harian kami," katanya.
Asmawati berkata kejadian mendapan tanah pernah berlaku di kawasan tersebut sebelum ini, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Seorang peniaga songkok Rizal Jasni, 64, pula berkata dia memulakan perniagaan di Wisma Yakin sejak 1980 dan kejadian tanah jerlus itu dianggap sebagai isyarat kepada orang ramai, untuk sentiasa berhati-hati ketika berkunjung ke kawasan itu.
Beliau berkata pembangunan pesat di kawasan sekitar Masjid India dan Jalan Tun Perak, juga berkemungkinan menjadi faktor penyumbang kepada bencana alam yang berlaku.

"Kejadian seperti ini memang memberi kesan besar kepada peniaga terutamanya selepas pandemik COVID-19.

"Kita harapkan pihak berkuasa dapat mencari jalan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, selain melakukan pemantauan berkala bagi menjamin keselamatan orang ramai terutama di kawasan Jalan Masjid India," katanya.
Semalam, media melaporkan mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India itu merupakan seorang pelancong dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian pada 8.22 pagi itu.

BERITA TRENDING: Pasukan Penyelamat Kongsi Pengalaman Cari Mangsa Jerlus

BERITA TRENDING: Pakar Geologi Ini Kongsi Faktor Berlakunya Sinkhole & Dedah Tanda-Tanda Tanah Runtuh - “Permukaan Tunggu Masa Apabila..”

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: “Operasi Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Di Pembetung” - Bomba

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Lebih 17 jam Berlalu, Mangsa Masih Gagal Ditemukan

Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live