Tangan Luka, Seluar Koyak...Fazreen Rafi Alami Kemalangan

Asraf Aided
September 23, 2020 13:01 MYT
Pelakon Fazreen Rafi berkongsi foto menunjukkan dia mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital.
Fazreen berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menerusi entri sama, Fazreen turut berkongsi foto bahagian tangannya yang luka dan berdarah.
"Jatuh itu pasti, sakit itu mesti, terhapus dosa-dosa kecil Faz menahan kesakitan ini.
"Masa inilah nak tengok macam mana isteri jaga kita," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Fazreen termasuk beberapa rakan artis terkejut dengan berita itu.
Meskipun Fazreen tidak menyatakan punca kecederaan itu dengan jelas, namun rata-rata pengikutnya menganggap dia telah jatuh motosikal.
Pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan kesembuhan buat pelakon tersebut.
#pelakon #Pelakon #Fazreen Rafi