Tangan Nia Ramadhani Tak Boleh Diangkat Sebab Kurang Zat Besi, Tapi Degil Juga Main Golf
Amri Hassan
05/03/2021 09:50 MYT
05/03/2021 09:50 MYT
Sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan pelakon Nia Ramadhani dilaporkan kurang baik.
Menurut pembantu peribadinya, Theresa Whienatan, Nia berdepan masalah kekurangan zat besi hingga menyebabkan tangannya sukar untuk diangkat.
"Jadi tangan sebelah kirinya itu bermasalah pada bahagian tendon. Susah dan sakit sangat kalau diangkat.
"10 hari lalu doktor sudah menasihatinya untuk tidak bermain golf selama 10 hari tetapi dia tetap main golf. Kesannya, sakit lagi," katanya kepda Nyonya Bos Trans TV.
Kesan daripada kekurangan zat besi, Nia tidak dapat membaca prompter ketika mengacarakan TikTok Awards 2020 baru-baru ini.
Justeru, Nia dinasihati agar mendapatkan suntikan tambahan zat besi bagi merawat masalah kesihatannya itu.
"Kejadian itu benar-benar menamparnya. Di situ Tuhan menegurnya agar jangan mengabaikan kesihatan diri.
"Akhirnya dia bersetuju untuk membuat pemeriksaan MRI pada bahagian tangannya itu dan bersetuju untuk mendapatkan suntikan zat besi.
"Semoga penglihatan dia lebih jelas selepas disuntik zat besi," katanya.
Kesan daripada kekurangan zat besi itu juga membuatkan Nia cepat penat dan mudah berasa letih.