,
Hiburan

"Tanpa Dia, Mungkin I Tak Turun Katil & Lupa Makan" - Bekas Isteri Cef Fikree Kongsi Tips Berdepan Berdepan Depresi

Amri Hassan
04/06/2020
06:15 MYT
Bekas isteri Cef Fikree, Syarifah Zuriehan mendedahkan ramai individu yang menghubunginya untuk meminta nasihat dan pandangan tentang masalah perhubungan.
Bagaimanapun, Zuriehan akui dirinya sendiri pernah bergelut dengan masalah tekanan selepas perceraian dengan bekas suaminya.
Namun, seperkara yang membangkitkan semangatnya ialah anak tunggalnya, Jayden Malik.
"Sejak bercerai, banyak yang menghubungi saya bercerita masalah hidup, perkahwinan dan hubungan dengan bekas pasangan.
"Saya sangat menghargai peluang untuk mengenali mereka yang sanggup berkongsi kesedihan. Saya pun pada masa sama menerima pandangan orang.
"Sekarang saya sudah cukup kuat untuk menjelaskan kepada semua bahawa saya juga manusia biasa.
"Setahun orang nampak saya kuat tapi sebenarnya saya berterima kasih kepada anak saya, Jayden. Tanpa dia, saya tak turun katil dan lupa nak makan.
"Hanya kerana saya tak tunjukkan saya lemah tak bermakna saya tak sakit," katanya.
Justeru, Zuriehan berkongsi beberapa petua untuk berdepan dengan individu yang punyai masalah tekanan dan depresi hidup.
"Jangan pandang rendah masalah depresi. Depresi melemahkan tenaga dan motivasi seseorang.
"Sejujurnya saya jenis tak suka cakap mengenai masalah saya, kawan-kawan pun tahu. Jadi apabila nak cerita masalah saya, adalah biadap jikalau anda tiba-tiba menukar topik perbualan dan meminta saya berhenti.
"Jangan suruh mangsa itu memaafkan dan melupakan kerana proses menyembuhkan itu mengambil masa.
"Selalunya yang tak kena batang hidung sendiri yang suka bagi nasihat tidak masuk akal," tambahnya.
Kata Zuriehan lagi, jangan sesekali membuat andaian bahawa individu yang berdepan masalah depresi melupakan pegangan agama.
"Kita tak tahu dia berdoa 24 jam dengan Allah untuk sembuhkan perasaan derita yang dia alami, jadi jangan cepat membuat andaian orang itu tak ingat Allah.
"Sebab itu saya selalu ingatkan diri sendiri agar berbuat baik dengan individu lain. Sebab masing-masing ada kisah pahit untuk ditelan dan lalui," ujarnya.
Perkongsian Zuriehan itu membuka ruang kepada individu senasib untuk terus berkongsi masalah hubungan mereka yang berkecai.
Zuriehan dan Cef Fikree telah bercerai pada Mei 2019 selepas kisah kecurangan terbongkar di laman sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Jangan Berlawan Dengan Netizen, Kita Takkan Menang" - Iqbal Zulkefli Kasihankan Syamimia, Takut Tertekan

gempak
28/12/2023
02:55 MYT
Iqbal nasihatkan Syamimia.
Laman Utama

Amir Jahari Dedah Alami Depresi - “Pernah Cuba Terjun Jambatan 3 Kali, Alhamdulillah Tak Teruskan"

gempak
17/12/2023
23:50 MYT
Amir dah semakin pulih. Alhamdulillah.
Laman Utama

Popular Buat Robbie William Alami Kemurungan, Kelar Tangan Untuk Mati

gempak
02/11/2023
13:50 MYT
Mengecap populariti seawal usia 16 tahun memberi impak yang cukup besar buat Robbie William.
Laman Utama

Diserang Penonton Kerana Lakonan Terlalu Jahat, Shiqin Kamal Akui Hampir Depresi

gempak
09/12/2022
04:00 MYT
Alamak sampai depress
Laman Utama

“Komen Itu Ganggu Mental” - Emosi Niezam Zaidi Terganggu, Mahu Lupakan Detik Hitam & Cari Ketenangan

gempak
11/08/2022
02:45 MYT
Dasyatnya komen netizen, kadang takut tengok.