Keluarga mendiang Michael Jackson menyifatkan pendedahan sebuah dokumentari yang mendakwa Raja Pop itu mencabul kanak-kanak sewaktu hidupnya sebagai satu usaha beramai-ramai untuk membunuh reputasi penyanyi itu di mata orang awam.
Kenyataan dikeluarkan susulan tayangan filem "Leaving Neverland" di Festival Filem Sundance pada Jumaat.
Dokumentari itu antara lain memaparkan dakwaan dua penari lelaki, Wade Robson dan James Safechuck yang kini berusia 30-an yang mengaku mereka pernah dicabul seawal usia 7 dan 10 tahun sewaktu bersahabat dengan penyanyi itu.
Dokumentari itu mendapat tepukan gemuruh penonton sejurus ditayangkan.
Ia akan disiarkan di saluran HBO tidak lama lagi.
BACA: Lelaki Ini Dakwa Dicabul Michael Jackson Hingga Raja Pop Itu Hilang 'Selera'
BACA: Tak Sanggup Dengar Pendedahan 'Berani Mati' Bapa Mencabul, Anak Michael Jackson Kini Bersembunyi
Jackson meninggal dunia pada usia 50 tahun pada 2009 selepas terlebih dos ubat tidur.
Dalam kenyataan pada Isnin yang merujuk Jackson sebagai “adik dan anak kami”, keluarga mendiang berkata “kami berang dengan laporan media, tanpa satupun cebisan bukti, media memilih untuk mempercayai dua orang penipu berbanding ratusan ahli keluarga dan rakan dari seluruh dunia yang pernah menghabiskan masa bersama Michael, termasuk di Neverland (kediaman Michael), dan sifat murah hati mendiang di seluruh dunia."
"Kami tidak boleh berdiam diri sedangkan serangan bertalu-talu terhadap Michael berterusan,” menurut kenyataan itu lagi.
Selain kenyataan rasmi keluarga, anak mendiang Paris Jackson turut dilaporkan sedang menyembunyikan diri di sebuah lokasi yang tidak didedahkan selepas dikatakan tertekan susulan pendedahan ‘berani mati’ dalam dokumentari terbabit.
Sumber: Agensi / Astro Awani
Foto: BBC
Kamaruddin Razal
Wed Jan 30 2019
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.