Hiburan

“Taraweh Yeah, Berramadan Berramadan” – Parodi Kill This Love Versi Emak-Emak Ini Memang Cool Habis!

gempak
Mya Amri
09/05/2019
10:01 MYT
Sponsor Banner
“Taraweh Yeah, Berramadan Berramadan” – Parodi Kill This Love Versi Emak-Emak Ini Memang Cool Habis!
Kumpulan De Kolonial yang berasal dari Indonesia menjadi viral selepas membuat parodi lagu hit berjudul Kill This Love nyanyian asal kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK.
Digelar sebagai kumpulan emak-emak, De Kolonial mula mendapat perhatian netizen kerana kreativiti mereka menggubah lirik lagu tersebut mengikut kesesuaian bulan Ramadan.
Antara lirik yang menjadi perhatian adalah pada bahagian korus popular lagu tersebut iaitu:
“Let’s kill this love! Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah! Rum pum pum pum pum pum pum” ditukar kepada: “Let’s pray with love! Taraweh yeah, yeah! Berramadan, Berramadan,”
Tidak cukup dengan itu, De Kolonial yang dianggotai oleh enam orang wanita iaitu Tika, Nurul, Aryantini, Susy, Fiqi dan Arya ini juga turut menari tarian ‘signiture’ lagu berkenaan namun dalam versi sopan.
Dalam pada itu, video tersebut menerima reaksi positif netizen yang rata-ratanya akui terhibur dengan gelagat mereka serta lirik lagu berkenaan.
“Hahahaha, takt ahu nak gelak ke nak insaf, aku confuse,” tulis @sulianakriswan
“Ini lawak, geng-geng makcik-makcik pula tu,” komen @nianiena
“Part berramadan tak boleh bla tu. Lepas ni dengar lagu Blackpink confirm teringat parodi ni,” coret @firdausmohd
Terdahulu, BLACKPINK merupakan artis di bawah naugan YG Entertainment dan mula dikenali dengan lagu hit mereka iaitu, Boombayah, Whistle dan Ddu-Du Ddu-Du.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live