Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tauliah Mengajar Di Selangor Ditarik Balik, Ustaz Don Ada 14 Hari Buat Rayuan

Gempak
13/08/2024 20:55 MYT
Pendakwah selebriti, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajiddi diberikan tempoh 14 hari untuk merayu selepas tauliah mengajar ditarik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tak Boleh Mengajar Di Selangor

Menurut laporan Sinar Harian, pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tempoh itu berkuat kuasa dari tarikh surat penarikan tauliah diterima Ustaz Don.

Menurut beliau, surat penarikan itu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 31 Julai lalu.

"JAIS mengesahkan tauliah mengajar di negeri Selangor terhadap Ustaz Don telah ditarik menerusi keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah pada 24 Julai lalu.

"Keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu media melaporkan, kerajaan Selangor menarik balik tauliah mengajar diberikan kepada Ustaz Don Daniyal bermula 24 Julai lalu.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah mengesahkan perkara itu selepas edaran surat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tular di media sosial pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: JAIS Arah Tangguh Ceramah Ustaz Don

ARTIKEL BERKAITAN: JAIS Tangguhkan Semua Ceramah & Kuliah Ustaz Don?

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don Kongsi Hadis Dhoif Banyak Digunakan Dalam Mazhab Syafie - “Hadis Dhoif Boleh Digunapakai Selama Mana…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don Anggap Dakwaan Guna Hadis Dhaif Sebagai Salah Faham - “Saya Maafkan Semua Orang”

Sumber: Sinar Harian

#Ustaz Don #JAIS #Selangor #Don Daniyal #Mengajar #Rayuan #Tauliah #Ditarik Balik