Tayang Baby Bump, Nadiya Nisaa Dihujani Ucapan Tahniah!

Syafiqah Jalal
September 3, 2018 01:49 MYT
Pelakon Nadiya Nisaa dihujani ucapan tahniah selepas didakwa sedang hamil.
Sekeping fotonya yang menunjukkan seperti ‘baby bump’ yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya menjadi perhatian ramai.
Rata-rata pengikutnya gembira dan mengucapkan tahniah kepada Nadiya.
Tidak kurang ada juga yang tertanya-tanya adakah benar dia kini sedang hamil.
“Baby bump? Tahniah!” komen salah seorang pengikutnya.
Namun Nadiya mengambil langkah untuk tidak menjawab komen pengikutnya.
Sebaliknya hanya membalas dengan emoji senyuman dan bentuk hati.
Terdahulu, anak kedua dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika berusia sembilan bulan dalam kandungan.
Nadiya yang mendirikan rumah tangga bersama Saiful Razman Kasim dan dikurniakan seorang anak lelaki.
#pelakon #Nadiya Nisaa #Hamil #Hamil #Pelakon #Baby Bump