Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Tayang Baby Bump, Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Kedua Shima Anuar

Rozaimi Zubaidi
20/06/2019 01:19 MYT
Pengikut Instagram (IG) pelakon Shima Anuar menyatakan rasa teruja dan tidak sabar mereka untuk menantikan kelahiran anak kedua pelakon tersebut dan suaminya, Mohd Solih Toha.

Shima menerusi muat naik di IG telah berkongsi sekeping foto yang menampakkan 'baby bump'nya.

"Hello 8 months! #silaberilaluaninimuatanberat #32weekspregnant #ikanpaus #63kg," tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hello 8 months!?? #silaberilaluaninimuatanberat #32weekspregnant #ikanpaus #63kg

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on


Usia kandungan Shima kini sudah memasuki lapan bulan dan dijangka melahirkan bayi keduanya itu pada bulan Ogos ini.

Rata-rata pengikutnya menjangkakan bahawa Shima bakal melahirkan seorang bayi lelaki selepas melihat bentuk perutnya dan mereka mendoakan segalanya akan dipermudahkan.

"@fareeeha_: Still looking goodlah. Nanti storylah apa beza 1st & 2nd pregnancy."

"@achweneacheela:Kalau 63kg ni ikan paus, kiranya saya ni gergasi kot sebab berat masa preggy je dah 83kg. Semoga segalanya dipermudahkan."

"@lalaumairah21: Macam baby boy. Belum cukup berat lagi tu sis. Semoga segalanya dipermudahkan."

"@nurhafizahmatarib: Comel je perut mommy @shimaanuar. Sis doakan saya jugak semoga dapat merasakan zuriat sendiri dan prengnat macam sis. Mana tahu doa ibu-ibu mngandung ni dimakbulkan untuk saya yang menanti lama ingin memiliki zuriat sendiri."


Shima telah selamat bernikah dengan Solih pada 8 April 2017.

Pasangan ini dikurniakan kemudiannya dikurniakan cahaya mata pada 12 Disember 2017 yang diberi nama Marian Sophia Mohd Solih.

Solih merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini serta memiliki dua cahaya mata.
#pelakon #Pelakon #Shima Anuar