Hiburan
Tayang Foto Berpelukan, Peminat Puji Suami Maria Farida Sweet
Peminat memuji pelakon Maria Farida, 45, dan suami sebagai pasangan yang romantis dan sweet menerusi sekeping foto berpelukan mereka ketika berada di Singapura.
Fotonya bersama suami yang dikenali sebagai Datuk Rahman, 62, dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya ketika sedang bercuti di Universal Studio Singapura dua hari lalu.
Berikut merupakan foto dan komen tersebut:
Difahamkan Maria ke sana bagi menyambut ulang tahun kelahirannya bersama suami dan anak semalam.
Maria dan suami berkahwin pada 26 Novembertahun lalu.
Suaminya merupakan duda anak lima yang mana masing-masing berusia 22 hingga 7 tahun.
Must-Watch Video