Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Tayang Teman Lelaki, Kilafairy Bercinta Dengan Kawan Sekolah?

ZULHILMI JALIL 21/11/2019 | 05:55 MYT
Pelakon Kilafairy memberi gambaran bahawa dia kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang jejaka yang juga merupakan rakan yang dikenalinya sejak di zaman persekolahan.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 27, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik bersama seorang lelaki di Instagram miliknya.
Lelaki dengan imej berjambang itu dikenali sebagai Sa'aid Aiman Hazley.
"Dia masih lagi memandang saya sama seperti ketika zaman sekolah dulu," tulisnya di ruangan kapsyen.

He still looks at me the same way he did back in high school ?♥️

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Status itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut termasuk rakan artis.
"Kila kahwinlah cepat, tak sabar nak tengok ampa kahwin, dah la sama cantik, sama padan, nanti anak-anak mesti comel," komen pengikutnya.
Dalam pada itu, Kila turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Terdahulu, dalam satu entri, pelakon filem Karak itu juga dilihat pernah menyifatkan Sa'aid sebagai lelaki idamannya.
"Selamat ulang tahun kelahiran buat lelaki idamanku. Ku kirimkan selautan kasih sayang pada hari istimewamu sayangku," tulisnya.
Sebelum ini, pada Julai lalu, dalam satu temu bual bersama media, Kila mendakwa dirinya lebih selesa menjalani kehidupan solo.
Anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Indonesia, Hardy Hartono.
#pelakon #Pelakon #Kilafairy
;