Siapa kata bermain game tidak mewah?

Buktinya pasukan Team Secret dari Malaysia kini berpeluang merebut hadiah utama sebanyak AS$2 juta (RM8.10 juta) apabila layak ke pertandingan akhir Kejohanan Player Unknown's.

Pertandingan Battlegrounds (PUBG) Mobile Global itu akan diadakan dari 21 hingga 24 Jan ini di Dubai, Emeriah Arab Saudi (UAE).

Team Secret menduduki tempat ke-15 daripada 24 pasukan yang menyertai pertandingan liga dengan memperoleh 205 mata keseluruhan daripada 60 perlawanan yang berlangsung dari 24 November hingga 20 Disember lepas.

Mereka kini berpeluang bertarung bersama 15 pasukan lain, termasuk enam dari Asia Tenggara dalam pertandingan akhir yang menawarkan hadiah terbesar dalam sejarah permainan mudah alih berjumlah sehingga RM8.10 juta.

“Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

“Sekali lagi, kami akan menunjukkan komitmen untuk menjayakan acara e-sukan mudah alih ini.

“Selain itu kami juga akan memberikan pengalaman menonton kejohanan e-sukan terbaik untuk peminat di seluruh dunia,” kata Ketua PUBG Mobile SEA Esports, Gaga Li dalam satu kenyataan.

Selain Secret, pasukan lain yang ke peringkat akhir termasuklah Aerowolf Limax dari Indonesia; RRQ AThena, Secret Jin, POWER888 KPS (Thailand); Klas Digital Athletic, Futbolist (Turki); Nova Esports (China); Abrupt Slayers (Nepal); A7 eSports (Brazil); ZEUS ESPORT (Mongolia); Natus Vincere (Rusia); A1 eSports (Bangladesh) dan Konina Power (Commonwealth of Independent States).