Berita

Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

gempak
Gempak
26/09/2024
05:22 MYT
Sponsor Banner
Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun
Tindakan seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun.

Mengaku Bersalah

Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, yang memakai baju T berwarna merah dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Noridah Adam.

"Saya mengaku bersalah...

"Saya mengaku bersalah puan," katanya dalam nada perlahan sambil menundukkan kepala.
Mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman bermula tarikh tangkapan.
Mengikut tiga pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun, telah menganiaya dengan merotan semua mangsa, yang mungkin menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.
Bagi pertuduhan keempat pula, dia didakwa menganiaya seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dengan menekan dada menggunakan lutut, yang mungkin menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Semua kesalahan didakwa dilakukan di pusat GISBH Bukit Raja dekat sini antara Jun dan beberapa minggu lalu.
Semua kes dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, lelaki bujang yang tidak diwakili peguam, merayu mahkamah menjatuhi hukuman ringan kerana mengaku insaf.
"Saya benar-benar tekad dan berazam tidak akan mengulangi kesalahan sama lagi.
"Saya perlu menanggung ibu bapa, jadi kalau boleh saya mohon ringankan hukuman," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, tertuduh sepatutnya menjaga kebajikan semua mangsa namun tindakannya menganiaya kanak-kanak itu, adalah melampau.
"Mangsa ini masih bersekolah, namun akibat perbuatan tertuduh, ia menyebabkan mereka mengalami trauma untuk meneruskan pendidikan di mana-mana sekolah, kerana kejadian ini akan kekal menghantui mereka.
"Kami mohon hukuman berjalan secara berasingan dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi keperluan tertuduh," katanya.

BERITA TRENDING: Helaian Janggut Dalam Bekas Khas Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISB

​BERITA TRENDING: Op Global: Kronologi Kes GISBH Setakat 21 September

​BERITA TRENDING: GISB: Buku Al-Arqam, Jadual Zikir Aurad Muhammadiyah Cuba Ditanam & Dibakar, Dirampas

​BERITA TRENDING: CEO GISB, Isteri Antara 19 Individu Ditahan - KPN

Pada 16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung rakaman video memaparkan beberapa kanak-kanak lelaki dipercayai didera.
Polis juga telah mengesan kanak-kanak lelaki terbabit dalam kalangan mangsa yang berjaya diselamatkan sebelum ini yang dipisahkan dengan bapanya sejak 2021.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didakwa didera itu tular di media sosial, baru-baru ini.
Dalam rakaman video itu, kanak-kanak lelaki terbabit dilihat mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024