,
Berita

Helaian Janggut Dalam Bekas Khas Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISB

Awani
23/09/2024
18:45 MYT
Helaian janggut yang disimpan di dalam bekas khas adalah antara barang yang dirampas oleh Polis Diraja Malaysia dalam serbuan Op Global fasa empat di sebuah rumah milik pengurusan tertinggi Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di Rawang, Sabtu lepas.

Bertentangan ajaran Islam

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata turut dirampas 455 risalah dan logo berkaitan yang kemudian diserah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tindakan lanjut.
"Helaian janggut, buku dan risalah ini didapati bertentangan dengan ajaran Islam dan dipercayai mempunyai kaitan dengan tarekat Aurad Muhammadiyah dan kumpulan Al-Arqam yang telah difatwakan haram pada 1994," katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN:GISB: Buku Al-Arqam, Jadual Zikir Aurad Muhammadiyah Cuba Ditanam & Dibakar, Dirampas

ARTIKEL BERKAITAN:Hanya Seorang Daripada 26 Anak CEO GISBH Bukan Pengikut

ARTIKEL BERKAITAN:Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

ARTIKEL BERKAITAN:Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah, Mohon Ikat Jamin Ringan Kerana Baru Timang Anak Ke-10

ARTIKEL BERKAITAN:Banyak Baik Daripada Buruk, Betty Banafe Minta Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada GISB - “Saya Bangga GISB Wujud Kerana…”

Buka kertas siasatan

Beliau juga berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung ugutan terhadap Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi aplikasi WhatsApp berkait isu organisasi itu.
Razarudin berkata Mohd Asri dilaporkan menerima mesej daripada nombor tidak dikenali pada 8.56 pagi semalam menyatakan perniagaan milik GISB tidak dapat ditandingi di negara ini namun perkara itu tidak dilayan menyebabkan pengirim menghantar mesej berbentuk provokasi dan ugutan termasuk perkataan kafir harbi.
"Mohd Asri percaya pesanan WhatApps yang diterima menjurus kepada ugutan jenayah kerana maksud kafir harbi (kafir yang boleh diperangi) adalah menghalalkan darah.
"Susulan itu, mufti berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Kangar pada Sabtu lepas untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Razarudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
Sejak Op Global fasa pertama pada awal September lepas, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISB ditahan, 572 mangsa diselamatkan manakala tujuh dihadapkan ke mahkamah atas 29 pertuduhan.
Sumber: AWANI menerusi BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Kesan Individu Pukul OKU Di Dataran Shah Alam

gempak
16/11/2024
05:25 MYT
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Berita

Anak Lapor Polis Selepas Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021

gempak
12/11/2024
11:55 MYT
Menurut sumber, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Berita

Banyak Spekulasi Tidak Benar, Kami Serbu 5 Pagi - Polis Thailand

gempak
09/11/2024
18:55 MYT
Polis Sungai Golok mendakwa banyak spekulasi yang tidak benar berhubung tangkapan enam suspek rakyat Malaysia di sebuah hotel, Sungai Golok, Thailand baru-baru ini.
Berita

Ibu Hantar Anak Degil, Suka Melawan Ke Balai Polis

gempak
08/11/2024
18:55 MYT
Media tempatan melaporkan, Satrio Tomayahu,19, dihantar oleh ibunya Nunlawati Beu,42, ke balai polis Dungingi, Kabubaten Gorontola bagi memberi pengajaran kepada anaknya itu baru-baru ini.
Viral

Anak Muda Kelantan 'Banjiri' Golok Untuk Berhibur - "Hari Biasa Ramai, Hujung Minggu Lagi Ramai"

gempak
05/11/2024
01:57 MYT
Polis Kelantan mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand menjadi 'pusat hiburan' kepada rakyat Serambi Makkah terutama anak muda pada hujung minggu.
Unitar