Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Telan Ubat Tidur, Sajat Alami Depresi - "Aku Ini Lelaki Yang Mempunyai Kemaluan Wanita .."

Zulaikha Yusof
14/01/2021 02:26 MYT
Usahawan kontroversi, Nur Sajat mendedahkan dirinya kini mengalami depresi atau gangguan perasaan selepas mengaku membuat pembedahan jantina, baru-baru ini.

BACA: "Akhirnya 'Nur Sajat' Mengaku Buat Pembedahan Jantina, Tertekan Didiskriminasi?

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, seakan sedang menghadapi masalah kekeliruan jantina.

"Menunggu masa. Aku ini lelaki yang mempunyai kemaluan wanita. Aku pakai baju sopan di dalam agamaku, buat sedekah dikatakan perbuatan haram. Haram semua yang aku lakukan selama 5 tahun aku dalam dunia perniagaan.

"Amalan kebaikan sia-sia sahaja, sebab Sajat id (MyKad) lelaki!!!! Wahai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman walaupun kau tu id lelaki tetapi anggota badan wanita tetapi ko tetap lelaki!!! Lelaki berdasarkan id!! Cara hidup kau semua adalah wanita!!!!

"Aku dah perempuan, kemaluan aku, tubuhku, cara hidupku semua perempuan. Aku manusia tak sempurna. Aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri. Aku cuba kawal, cuba berubah, tetapi cacat ini terus kekal!!! Rupanya cacat dalam lagi kuat tamparannya.

"Orang macam aku tetap haram ke?? Apa hukum aku yang menukar jantina untuk bersujud pada Allah?? Aku cacat!!! Aku cacat!," tulisnya di Instagram (IG).



Sementara itu, Sajat turut mempersoalkan sama ada ibadah yang dilakukannya selama ini diterima oleh Allah.

Tambahnya, dia sudah melakukan segala amal kebajikan termasuklah dengan bersedekah, wakaf, membayar zakat dan sebagainya.

"Aku ada bertanya pada ustaz, aku nak solat, aku tengok bangsa lain macam aku, mereka masih sembahyang pada Tuhan mereka berdasarkan kepercayaan agama masing-masing.

"Adakah solat aku sah? Aku buat kerja sedekah, wakaf, bina pagar masjid, mimba, tempat mandi jenazah, membayar zakat setiap bulan, selalu tak kira agama dan sebagainya adalah cara aku nak tunjuk aku sayang Allah," tulisnya lagi.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Sajat mendedahkan sudah masuk hari keempat dia terpaksa mengambil pil tidur disebabkan menghadapi masalah kesukaran untuk tidur.



Pada Rabu lalu, JAIS mengesahkan Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

JAIS dalam kenyataan memaklumkan siasatan terhadap Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.

BACA: Muhammad Sajat Disiasat JAIS

#Depresi #sajat #Lelaki #Ubat Tidur
;