,
Hiburan

Telatah Comel Peserta Cilik Ceria Popstar 2016 Ketika Sidang Media

Ahmad Shah
22/03/2016
05:20 MYT
12 peserta Ceria Popstar 2016 terkejut sebaik sahaja penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Awie diperkenalkan sebagai juri tetap program realiti kanak-kanak berkenaan.
Peserta - peserta yang dimaksudkan ialah Hazmil, 11, Hady, 13, Irfan, 15, Wafiy, 10, Shahreza, 13, Amirah, 11, Aniq, 10, Fikri, 10, Eylia, 15, Junaidah, 14, Sharie, 10, serta peserta duo iaitu Fatma, 14, dan Farhana, 11.
Ketika sidang media berlangsung, pelbagai aksi dan telatah lucu yang berlaku apabila 12 peserta Ceria Popstar tersebut berinteraksi bersama barisan juri dan juga pengacara popular Datik Aznil Hj Nawawi yang bertindak selaku penaung program tersebut.
Di sini Astro Gempak kongsikan perkara dan juga foto-foto menarik sepanjang sidang media Ceria Popstar berlangsung.
1. Irfan Harris tersenyum malu apabila diberi gelaran Elfira Loy kerana memiliki kening yang tebal persis aktres tersebut.
2.Penyanyi Mark Adam dan Jacklyn Victor yang merupakan tenaga pengajar bagi Ceria Popstar 2016 terpegun sebaik sahaja para peserta membuat persembahan pengenalan.
3.Mark Adam nampaknya tidak melepaskan peluang merekodkan persembahan beberapa peserta dengan menggunakan telefon bimbitnya.
4. Para peserta tidak dimaklumkan langsung mengenai kehadiran Datuk Siti dan Awie di sidang media berkenaan. (Sebab tu masing-masing terkejut bila jumpa mereka).
5.Muhammad Aniq Iffat yang begitu meminati Awie kelihatan resah ketika mendengar suara penyanyi berkenaan di belakang tabir. Wajahnya pula seakan-akan tidak percaya dan kerap mengintai untuk melihat pemilik suara tersebut.
5. Jika Aniq mampu mengawal perasaannya ketika bertemu idola kesayangan, lain pula reaksinya dengan Hazmil yang terkejut dan melutut sebaik sahaja Datuk Siti muncul di atas pentas.
6.Hazmil yang tidak mampu mengawal perasaannya terus menangis sambil menekup kedua belah mukanya membuatkan Datuk Siti terharu dan memeluk peserta berusia 11 tahun itu.
7. “Dia merupakan lelaki kedua yang saya peluk selepas suami saya,” kata Datuk Siti sambil tersenyum. Penyanyi nombor satu negara itu juga berjanji untuk memberikan hadiah istimewa kepada Hazmil.
8. Disebabkan Hazmil begitu meminati Datuk Siti, dia kemudiannya telah diuji dengan beberapa soalan mengenai album dan juga tarikh perkahwinan penyanyi tersebut. Bagaimanapun, Hazmil berjaya menjawab dengan tepat dan menerima tepukan gemuruh oleh para wartawan yang hadir.
9.Mark Adam ‘geram’ melihat gelagat Sharie yang begitu hyper, tidak boleh duduk diam dan suka mengusik rakan-rakannya. “Nampaknya saya ada potensi untuk dibuli oleh dia,” kata Mark dalam nada bergurau.
10. Disebabkan sidang media berlangsung pada waktu pagi, ada diantara peserta yang suaranya masih lagi serak dan ada juga yang tidak keluar sehingga terpaksa berdehem. Melihat keadaan tersebut, Datuk Aznil sempat mengusik dengan berkata “Maaf ya, suara baru bangun tidur memang begini,”. Kata-kata spontan Datuk Aznil itu disambut dengan gelak ketawa oleh tetamu yang hadir.
11. Kehebatan vokal dan cara nyanyian Eylia berjaya memukau tetamu yang hadir sehingga ada yang melabelkannya sebagai Dayang junior.
Untuk melihat kehebatan vokal 12 peserta ini, jangan lupa saksikan Ceria Popstar yang mula bersiaran pada Jumaat ini bermula jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tanggungjawab Pada Agama, Siti Nurhaliza Mahu Nyanyi Lagu Ketuhanan

gempak
30/12/2016
04:46 MYT
Hiburan

Siti Nurhaliza Pusing Spain, Portugal Bersama Keluarga

gempak
09/11/2016
05:15 MYT
Hiburan

Kerana Karipap Sira, Datuk Siti Sanggup Pusing Satu KL

gempak
10/06/2016
05:51 MYT
Hiburan

Jun Ceria Popstar Menangis Teringat Ibu Tidur Di Perhentian Bas

gempak
29/05/2016
16:32 MYT
Hiburan

Jun Diumum Juara Ceria Popstar 2016

gempak
27/05/2016
17:07 MYT
Unitar