Hari Raya Aidiladha bakal menjelang esok. Bagi menyerikan lagi sambutan Hari Raya Haji pada tahun ini, Astro Oasis membawakan seleksi hiburan menarik 9 hingga 14 Julai ini.



Tahu Ke Tidok: Edisi PAFA
11 Julai 2022, 10AM
Program komedi Islam yang mengimbau kembali pembelajaran PAFA (Perkara Asas Fardhu Ain) dikalangan penonton serta selebriti tempatan. Berpandukan soalan-soalan asas PAFA yang dipelajari semenjak di bangku persekolahan. Disertakan juga dengan permainan teka lagu nasyid yang mengimbau kenangan kita pada masa lalu.



Tanah Kubur
11 Julai, 5PM
Tok Adi cuba menyiasat kejadian pelik yang berlaku ke atas beberapa orang yang tinggal di daerah yang berbeza dan langsung tiada kaitan.

Tanah Kubur Hati Hitam
12 Julai, 5PM
Kamaliah mengesyaki anaknya seorang OKU telah di dera ketika berada di rumah jagaan. Namun, Norma pengasuh rumah jagaan tersebut menafikan itu adalah perbuatannya tetapi Tok Adi tidak mempercayainya.

Tanah Kubur Peneman
13 Julai, 5PM
Jebat menggunakan saka untuk menipu pengikutnya tentang ajaran dibawanya. Tok Adi mula syak pada ajaran yang dibawa oleh Jebat setelah melihat perlakuan para pengikutnya yang terpesong.

Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman
14 Julai, 5PM
Khatijah janda yang mengandung telah menuduh Tok Adi merogolnya. Tok Adi telah ditangkap penduduk kampung namun dia menafikan semua tuduhan dan berdoa supaya Allah tunjukkan kebenarannya.



Journey To Mecca
11 Julai, 11PM
Sebuah dokumentari tentang perjalanan ibadah haji bagi para jemaah yang terdahulu. Ia menyingkap bagaimana mereka menemukan jalan dalam menempuh kesusahan, kesulitan serta bahaya yang bakal mereka hadapi.

Kesemua rancangan ini boleh dinikmati menerusi saluran Astro Oasis dan Astro Oasis HD.