Mencari telefon pintar mercu terbaik abad ini? HONOR Magic4 Pro adalah jawapannya. Telefon pintar yang unggul dengan teknologi inovatif dan sokongan R&D yang kukuh.

HONOR Magic4 Pro ialah telefon yang mengagumkan, dengan prestasi premium, paparan yang sangat baik, pengecasan pantas, kamera yang berkuasa tinggi dan kuasa privasi.

Paling menyeronokkan dengan memiliki HONOR Magic 4 Pro ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah seharian anda dengan mudah. Bagiamana ia mampu menyelesaikan nya? Kami berikan anda empat bukti yang jelas.

#1 Kuasa Paparan - LTPO Auto Redup PWM 1920Hz pertama di dunia untuk paparan yang lebih selamat

Tabiat menatap telefon untuk waktu yang lama bakal merosakkan mata anda dan berpotensi mengakibatkan keletihan pada bahagian mata.

Teknologi termaju paparan 1920Hz PWM Dimming LTPO, HONOR Magic4 Pro kini telah mengurangkan kelipan skrin yang mampu mengurangkan ketidakselesaan pada mata. Di samping itu, skrin LTPO yang boleh menyesuaikan dirinya dalam tetapan cahaya yang malap.

Dengan adanya cip paparan, kualiti video dapat dipertingkatkan daripada 30 fps kepada 60 fps sehingga mampu memberi kepuasan maksima untuk skrin anda.

#2 Kuasa Fotografi - Fotografi Pengiraan Ultra-Fusion untuk foto yang lebih jelas

Dalam zaman serba moden ini, setiap momen indah ingin kita simpan sebagai kenangan dan pastinya kita menginginkan sebuah telefon yang berkemampuan mengambil foto yang jelas dan rakaman video yang stabil antara kriteria paling penting perlu di ambil kira untuk memiliki telefon pintar baharu.

Kini HONOR Magic4 Pro menampilkan kamera lebar 50MP, kamera ultra lebar 50MP 122° dan kamera telefoto periskop 64MP, semuanya dikuasakan oleh fotografi ultra gabungan pelbagai kamera terbaik dalam kelasnya tersendiri.

Dengan setiap tangkapan foto kini dibantu oleh fotografi pengiraan Ultra Fusion, meningkatkan lagi ketajaman dan kejelasan imej anda sebanyak 160%.


(Gambar dikredit kepada @Zongheehee dan @MohdFuad)

Tangkapan video pula kini menjadikan anda seorang yang profesional dengan videografi sinematik HONOR Magic4 Pro adalah semudah ABC.

Dengan rakaman video 10-bit Log 4K 60fps dan 4K HDR yang pertama dalam industri, sesiapa sahaja kini boleh mengambil gambar serta dengan menggunakan 3D-LUT daripada penggredan warna video warna Hollywood hanya dengan satu ketikan sahaja untuk sentuhan video sinematik. Hasilnya pasti gempak!

#3 Kuasa SuperCharge – SuperCharge 100W Dwi Pertama Industri

Kita semua benci telefon yang mengecas dengan sangat perlahan dan menjejaskan waktu kerja kita.

HONOR Magic4 Pro membawa pengalaman hidup pintar dengan dwi 100W HONOR SuperCharge. dikuasakan oleh bateri 4600mAh untuk memberikan hayat bateri yang sangat panjang untuk penggunaan sepanjang hari.

Menariknya lagi, dengan menghadirkan HONOR SuperCharge berwayar 100W, HONOR Magic4 Pro mengecas sehingga 100% dalam masa 30 minit sahaja. Caj seketika untuk kegunaan lama!

#4 Kuasa Privasi – Panggilan Privasi AI melindungi keselamatan perbualan anda dalam telefon

Adakah anda mengalami situasi seperti berikut, berborak dalam suatu ruang yang kecil seperti lift, kereta atau bilik meeting, berasa malu jika orang disekeliling mendengar perbualan di dalam telefon?

HONOR Magic4 Pro yang dilengkapi dengan fungsi Panggilan Privasi AI boleh melaraskan kekuatan audio dari skrin dan speaker hanya dengan ditala ke telinga sahaja.

Teknologi canggih ini membantu anda mengelakkan momen yang memalukan seperti “Surprise” jamuan ulang tahun dibocorkan dalam perbualan telefon. Dengan fungsi ini juga, anda boleh bergossip bersama teman anda tapi risau.

Terima kasih kepada teknologi HONOR Magic4 Pro, kewujudannya mampu memudahkan urusan harian anda! Hasil kerja yang baik datangnya dari teknologi yang terbaik dan unggul. Miliki HONOR Magic4 Pro sekarang atau anda akan menyesal dikemudian hari! Tiada lagi telefon pintar yang seunggul HONOR Magic4 Pro.

Apa yang menarik lagi? HONOR Magic4 Pro kini datang dengan “Google Mobile Services”, segala aplikasi Google seperti Yotube, Facebook, Instagram, WhatsApp dan Gmail boleh diguna dalam HONOR Magic4 Pro dengan tanpa risau. Aplikasi lain pula boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Dapatkan HONOR Magic4 Pro anda hari ini dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM508 termasuk jaminan lanjutan setahun dan perlindungan retak skrin selama enam bulan.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR Magic4 Pro: https://bit.ly/Magic4ProPOgempak