,
Hiburan

Teman Lelaki Kagum Cara Alya Tangani Kontroversi, "Dia Percaya Kalau Benar Tak Perlu Takut .."

Zulaikha Yusof
29/07/2020
01:23 MYT
Teman lelaki pelakon baharu Alya Iman iaitu Ridhwan Rosli akui turut sama terkena tempias dengan kontroversi yang melanda kekasih hatinya.
Ketika dihubungi Gempak, Ridhwan menyatakan ada menerima komen-komen negatif namun dia tenang menghadapi.
"Sejujurnya ada. Saya ada terima komen dalam bentuk sindiran dan ada yang hantar kiriman mesej secara peribadi yang negatif.
"Tetapi alhamdulillah mereka yang mengenali saya positif lebih-lebih lagi mereka yang dah bertemu Alya secara peribadi. Saya percaya ini adalah adat perkara yang tular," katanya.
Dalam pada itu, ayah kepada dua orang cahaya mata ini kagum dengan sikap positif yang ada dalam diri Alya kerana dia yakin berada di pihak yang benar.
"Dia seorang yang positif. Alhamdulillah. Dia tak nak letakkan akaun dalam mod privasi mahupun padam komen di Instagram (IG) kerana dia percaya kalau benar tak perlu takut.
"Tetapi semestinya kadang-kadang dia sedih terutamanya ada orang terdekat yang memanipulasikan keadaan. Dia sibukkan diri dengan bekerja dan selalu mengatakan bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya.
"Dia kata mungkin ini adalah rahmat baginya untuk menjadi orang yang lebih baik. Dan saya selalu mengingatkannya bahawa masa lalu adalah masa lalu," katanya lagi.
Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.
BACA: "Saya Telah Bertunang Dengan..." - Dituduh Jadi Perosak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman
Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.
BACA: Isteri Ahli Perniagaan Dakwa Suami Jalin Hubungan Sulit Dengan Pelakon Alya Iman?
BACA: "Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung" - Makin Panas! Ini Dakwaan Isteri Bekas Teman Lelaki Alya Iman
BACA: "Saya Muda & Naif" - Alya Iman Minta Maaf Secara Terbuka
BACA: Bekas Teman Lelaki Alya Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang
Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.
BACA: "Dia Menipu!" - Alya Iman Didakwa Tak Pernah Bertunang, Individu Mengaku Ahli Keluarga Buka Mulut...
Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.
BACA: "Saya Dah Habis RM2.3 Juta" - Individu Mengaku Bekas Teman Lelaki Alya Iman Bersuara
Terbaru, Alya akui dia sudah bertemu pengganti dengan duda anak dua.
BACA: "Dia Adalah Teman Lelaki Saya" - Alya Bercinta Dengan Lelaki Anak Dua
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Tiada Apa Pun Yang Berlaku" - Heliza Nafi Rumah Tangga Berantakan, Masih Jalani Kehidupan Suami Isteri

gempak
21/11/2024
10:24 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menolak dakwaan rumah tangga dengan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan masalah.
Hiburan

Yusof Haslam Pesan Suami Perlu Pandai Memujuk, Kongsi Tips Lembutkan Hati Isteri - “Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Sama Juga Tak Guna”

gempak
30/10/2024
04:50 MYT
Penerbit dan pengarah legenda, Datuk Yusof Haslam menyifatkan pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumah tangga.
Hiburan

Kecoh Isu Cerai-Berai Babitkan Rakan Selebriti, Adam Lee & Sweet Qismina Pilih Diam Diri – “Kita Ada Rezeki Yang Allah Sedang Jaga”

gempak
29/10/2024
06:50 MYT
Pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu mengulas isu yang membabitkan selebriti lain yang sedang bedepan kemelut rumah tangga.
Hiburan

Sering Hiburkan Peminat Di Live TikTok, Netizen Kagum Que Haidar Bijak Tutup Masalah Rumah Tangga - “Sedih Sangat Tak Sangka Dia...”

gempak
28/10/2024
12:25 MYT
Berita perceraian pelakon dan pengarah Que Haidar bersama bekas isteri Linda Jasmine baru-baru ini menerima pelbagai reaksi daripada warganet.
Hiburan

“Saya Suka Berfikir, Scha Pula Lebih Kepada Selesaikan Masalah Secara Bersemuka” - Ini Cara Awal & Scha Pujuk Pasangan

gempak
22/10/2024
21:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan isterinya, aktres, Scha Alyahya mempunyai cara tersendiri untuk memujuk pasangan masing-masing sekiranya berlaku perselisihan faham.
Unitar