gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Afdlin Balas Rafizi: 'Saya Pelawak, Tapi Dipilih Akar Umbi'
BERITA
Nahas FRU: Lori Pasir Alami Kegagalan Fungsi Stereng - Polis
BERITA
8 Anggota FRU Maut Nahas Dengan Lori Batu Di Teluk Intan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Teman Lelaki Sharifah Sakinah Positif Covid-19, "Semoga Awak Sentiasa Kuat Dengan Makanan Sihat ..."

gempak
Zulaikha Yusof
08/01/2021
01:53 MYT
Sponsor Banner
Teman Lelaki Sharifah Sakinah Positif Covid-19, "Semoga Awak Sentiasa Kuat Dengan Makanan Sihat ..."
Pelakon Sharifah Sakinah, 32, berkongsi khabar duka apabila teman lelakinya, Michael Hansen didapati positif Covid-19.
Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired memberitahu berita itu menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, semalam.
Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka The Series itu mendoakan agar Michael terus kuat supaya cepat sembuh seperti biasa.
"Begitu banyak cinta untuk lelaki ini. Semoga awak cepat sembuh @michael_hansen79 selepas diuji positif Covid-19.
"Semoga awak sentiasa kuat dengan makanan sihat awak. Amin,” tulisnya.
Difahamkan, Michael kini berada Sweden selepas pulang untuk menyambut perayaan Krismas bersama dua cahaya matanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut mendoakan kesembuhan Michael.
"@sharing_is_caring_lets_doit: Moga cepat sembuh..
"@nailsandclaws: Cepat sembuh dan saya harap yang terbaik.
"@aikha_rahman: Cepat sembuh untuknya dan kekal selamat Kinah, antara komen-komen yang ditinggalkan.
Terdahulu, Sakinah memaklumkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan Michael pada 28 Mei tahun hadapan.
BACA: "Sakinah Bukan Punca, Dah Berpisah Sebelum Jumpa Dia" - Kekasih Sharifah Sakinah Jelas Status, Dedah Perkara Sebenar
Topic Berkaitan
#Sharifah Sakinah
#Kekasih
#Positif
#COVID-19
#Michael
Must-Watch Video