Anak kepada Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra atau Talita viral di laman TikTok apabila rakaman video yang memperlihatkan dirinya menyanyi di sebuah kelas muzik meraih perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, kelihatan Talita sedang melakukan sesi memanaskan vokal sambil telatahnya dirakam oleh ibu tiri, Watie Hanifiah.
@shuiblapn84 Pewaris arwah Siti ? #watiehanifiah #shuibsepahtu #shuibwatie ♬ original sound - ShuibWatie

Ramai dalam kalangan pengguna TikTok meninggalkan komen positif terhadap anak kepada arwah penyanyi Siti Sarah itu.

Selain memuji bakat yang turun daripada arwah ibunya, ada juga yang menzahirkan rasa gembira kerana ibu tiri Talita memberi perhatian penuh terhadap minat si cilik ini.





Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau Shahmira Muhamad, 38, pada 23 Jun lalu.

Sebelum itu, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 2011, namun Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

BERITA TRENDING: Watie Tak Lelah Pakaikan Shuib Stoking Hari-Hari

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.