Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis
Gempak
20/07/2024 07:30 MYT
20/07/2024 07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar yang mengesahkan perkata itu berkata, mangsa telah menarik aduan berhubung kejadian itu pada minggu lepas.
Menurutnya, bagaimanapun kertas siasatan berkait kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk semakan.
"Mangsa ada membuat laporan menarik balik aduan pada minggu lalu.
"Kertas siasatan sudah diserahkan kepada DPP pada minggu lalu. Kita sedang menunggu arahan lanjut," katanya.
Menjelaskan sama ada kes berkenaan akan ditutup atau diselesaikan secara baik berikutan mangsa telah menarik balik aduan, Shahrulnizam berkata, perkara itu bergantung kepada arahan DPP yang akan diumumkan nanti.
Kejadian jam 3 pagi itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.
Teman lelaki mangsa kemudian meminta wanita itu untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.
Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.
Secara tiba-tiba, teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita itu.
Polis dilaporkan turut merakam keterangan mangsa serta kakaknya untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, membawa hukuman penjara setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber: Sinar Harian
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar yang mengesahkan perkata itu berkata, mangsa telah menarik aduan berhubung kejadian itu pada minggu lepas.
Menurutnya, bagaimanapun kertas siasatan berkait kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk semakan.
"Mangsa ada membuat laporan menarik balik aduan pada minggu lalu.
"Kertas siasatan sudah diserahkan kepada DPP pada minggu lalu. Kita sedang menunggu arahan lanjut," katanya.
Menjelaskan sama ada kes berkenaan akan ditutup atau diselesaikan secara baik berikutan mangsa telah menarik balik aduan, Shahrulnizam berkata, perkara itu bergantung kepada arahan DPP yang akan diumumkan nanti.
BERITA TRENDING: Pelakon Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam SUV
BERITA TRENDING: Kes Pukul Isteri, Radhi OAG Enggan Bayar RM300,000; "Saya Rasa Itu Bukan Jalan Yang Sebetulnya”
BERITA TRENDING: Kes Pelakon Tumbuk Teman Wanita: Kertas Siasatan Diserah Ke Timbalan Pendakwa Raya
Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara di sini.Kejadian jam 3 pagi itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.
Teman lelaki mangsa kemudian meminta wanita itu untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.
Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.
Secara tiba-tiba, teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita itu.
BERITA TRENDING: Keluar Bersama Kakak Tanpa Izin Punca Pelakon Ini Pukul Teman Wanita
Pada 10 Julai lalu, suspek yang berusia 37 tahun tampil kepada pihak polis bersama bapanya untuk proses rakam keterangan, namun tidak ditahan.Polis dilaporkan turut merakam keterangan mangsa serta kakaknya untuk membantu siasatan.