Hiburan
Temui Selebriti Antarabangsa Seperti Mina Myoung, Banzz Dan Ramai Lagi Di IN Festival : Influencers 2018!
Kepada anda yang masih plan nak pergi mana untuk weekend depan, jom ramai-ramai pergi ke IN Festival : Influencers 2018!
Di festival ini, anda berpeluang untuk bertemu dengan selebriti antarabangsa dan social media influencers yang telah berjaya dalam pelbagai bidang.
Acara ini bakal berlangsung pada 22 September hingga 23 September 2018 bertempat di Dewan 4 dan Dewan 5 Kuala Lumpur Convention Centre bermula jam 11 pagi sehingga 10 malam. Jadi, get ready for it!
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan ramai selebriti terkenal antarabangsa yang famous di media sosial seperti Jung Mansu atau lebih dikenali sebagai Banzz dari Korea Selatan, koreografer berbakat dari 1Million Dance Studio, Mina Myoung, yang mereka tarian untuk selebriti K-pop terkemuka seperti Sunmi, Jessi, TWICE, Jay Park dan ramai lagi.
Di festival ini, ‘thought leaders’ pun ada! Mereka mewakili pelbagai industri dan akan bergandingan bersama individu berpengaruh di media sosial dari serata negara seperti Malaysia, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan banyak lagi. Selebriti terkenal Hisham Hamid dan Ara Johari turut mewakili Malaysia untuk slot perkongsian bersama pengunjung.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk bertemu dengan artis terkenal tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow, Akim and the Majistreet, Ismail Izzani, Aizat Amdan, Aziz Harun dan ramai lagi di Konsert Tremendous JOOX Live pada 22 September jam 7:30 malam. Konsert ini merupakan salah satu tarikan utama buat pengunjung kerana anda berpeluang untuk enjoy! Maklumat lanjut mengenai penebusan tiket untuk ke konsert ini boleh didapati di laman Facebook Joox Malaysia.
Antara aktiviti yang menanti anda adalah bengkel media sosial dan penghasilan kandungan, demonstrasi pembuatan kopi, demonstrasi kecergasan, pertunjukkan fesyen, pertandingan permainan video, bengkel tarian dan persembahan serta peluang untuk bertemu individu berpengaruh dalam dunia kecantikan. Apa tunggu lagi? Cepat-cepat plan dengan kawan-kawan dan family!
IN Festival: Influencers 2018 diinspirasikan oleh Astro, Digi, tvN, Nuffnang dan Rocketfuel Entertainment Kemasukan ke festival ini adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.infestival.com.my.
Must-Watch Video